NASIB empat lelaki suspek curi kenderaan ini memang malang.
Disebabkan enggan memberi kerjasama sehinggalah berjaya diberkas polis peronda, mereka diarahkan meniarap di atas jalan raya untuk mengelak cubaan melarikan diri.
Dapat didengar, ada antara mereka merayu-rayu namun disebabkan kedegilan mereka memberi kerjasama sebelumnya, pihak polis memberi respon “tak ada maaf bagimu”.
Difahamkan kejadian berlaku di Jalan Bunga Raya, Seremban kelmarin.
Suspek yang dilaporkan cuba mencuri sebuah kereta jenis Perodua Myvi memecut apabila dikesan kereta peronda seterusnya terlanggar sebuah kereta Proton Wira milik orang awam sebelum mereka berjaya ditahan.
sumber : mynewshub
0 comments:
Post a Comment