#DALAM perniagaan online, peniaga dan pelanggan mungkin berhadapan dengan masalah jika mereka tidak memiliki akaun di bawah bank yang sama.
#Namun ia bukanlah masalah besar kerana pelanggan masih boleh membayar menerusi mesin ATM dan peniaga boleh memulangkan bakinya sama ada melalui kaedah sama atau mengisinya dalam bungkusan barang yang dipesan.
#Malangnya, tidak semua peniaga online mempunyai adab dalam berniaga seperti kes yang kami kongsikan melalui screenshoot mesej ini.
#Dek kerana mahu mengaut keuntungan dengan cara ‘kotor’, peniaga tersebut enggan memulangkan baki wang sebanyak RM9 kepada pelanggannya.
#Bukan itu sahaja, dia juga bersikap biadap dengan mengatakan pelanggan itu sengaja mahu menyusahkannya.
#Secara logiknya, tidak ada apa yang susah kerana dia hanya perlu memasukkan baki tersebut bersama barang yang akan dihantar nanti.
#Kalau beginilah cara berniaga, jangan merungut pula kalau tak ada orang yang sudi berurusan dengan anda selepas ini..
0 comments:
Post a Comment