Seramai 163,007 orang penjawat awam yang belum pernah membuat bayaran dan tidak konsisten dalam melunaskan hutang PTPTN bakal menerima surat pemotongan gaji dalam masa terdekat.
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, surat pemotongan gaji itu akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menurut beliau juga, mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred(tidak termasuk Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang belum pernah membuat bayaran adalah seramai 32,803 orang.
"Penjawat awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-sekala (tidak konsisten) adalah sebanyak 130,204 orang," katanya memetik laporan dari Bernama.
Sebelum ini, Ali pernah berkata langkah memotong gaji mandatori penjawat awam yang liat membayar hutang PTPTN adalah jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah tersebut - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment