PELAKON berkaliber Hollywood, Johnny Depp bakal berdepan hukuman penjara selama 10 tahun gara-gara membawa masuk dua ekor anjing peliharaannya secara haram ke Australia, baru-baru ini.
Undang-undang negara itu melarang sebarang kemasukan binatang peliharaan tanpa dokumen permit yang sah.
Anjing peliharaan Johnny Depp iaitu Boo dan Pistol. |
Lihat Juga : Apa Yang Berlaku Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi??
Sehubungan itu, Menteri Pertanian Australia, Barnaby Joyce mengatakan Johnny perlu mengeluarkan segera anjing yang dibawanya, Boo dan Pistol dari negara Kangaru terbabit.
“Sekiranya anda berhajat nak membawa bersama binatang peliharaan, anda perlu mendapatkan permit terlebih dahulu, binatang perlu dikuarantin dan hanya selepas itu anda boleh diberikan sebarang kelulusan untuk perkara tersebut,” kata Barnaby.
Pelakon berusia 52 tahun itu berada di Australia kerana sedang mengikuti proses penggambaran filem terbaharu Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales.
0 comments:
Post a Comment