Pos Malaysia Nafi Isu Viral Mengenai Servis Pos Laju di Facebook

Posted By: readnext - 21:39:00

Share

& Comment


Pos Malaysia nafi isu viral mengenai servis Pos Laju di Facebook. Sejak dua menjak ini, hangat isu mengenai bungkusan Pos Laju dibuka dan isi kandungannya rosak. Ia menjadi antara isu hangat yang viral di media sosial online terutama di Facebook, selain di blog dan juga forum. Ramai pelanggan menyatakan kehampaan atas apa yang berlaku, terutama sekali dari mereka yang merupakan usahawan dan peniaga online.

Baru-baru ini kecoh mengenai banyak bungkusan yang dihantar menerusi Pos Laju telah dibuka dan rosak. Bukan hanya bungkusan sahaja rosak, malah ada yang berkongsi gambar memaparkan barangan yang dibungkus juga rosak dan pecah. Ianya dipercayai gara-gara operasi yang dilakukan secara bersepadu oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Kastam Diraja, PDRM dan juga SKMM.


Operasi PANGEA VIII

Operasi yang dinamakan Operation PANGEA VIII itu didedahkan menerusi satu surat yang telah difaks ke salah satu pihak yang terbabit secara tidak langsung di dalam operasi berkenaan. Menurut surat yang juga menjadi viral di laman sosial, operasi berkenaan adalah merupakan operasi untuk membanteras aktiviti penjualan ubat-ubatan tidak didaftarkan dengan KKM dan juga ubat-ubatan tiruan (counterfeit) yang dijual secara online.



Menurut surat itu juga, operasi tersebut adalah merupakan operasi yang dianjurkan oleh pihak Interpol dan juga World Customs Organization. Ia dijalankan bermula 9 hingga 16 Jun 2015, dan melibatkan negeri-negeri Pulau Pinang, Johor, Selangor dan khususnya KLIA.

Operasi KKM Tempiasnya Pos Malaysia

Surat tersebut secara teknikalnya tidak menyatakan penglibatan pihak Pos Malaysia di dalam operasi ini, namun tempiasnya banyak menyalahkan Pos Malaysia atas apa yang berlaku.

Pihak Pos Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman facebook rasmi Pos Malaysia yang menafikan terdapat isu mengenai servis Pos Laju baru-baru ini. Malah, menerusi kenyataan tersebut, tiada sebarang pemeriksaan barangan dan item pelanggan yang dipos dibuka dan rosak akibat daripada operasi yang dikatakan dilakukan seperti dinyatakan di dalam surat tersebut.


Pos Malaysia Nafi Isu Viral Mengenai Servis Pos Laju di Facebook



Seperti orang lain, saya juga tertanya-tanya bagaimanakah isu ini boleh menjadi begitu hangat diperkatakan, apatah lagi setelah SKMM mula menasihati peniaga dan usahawan online untuk mendaftarkan perniagaan dengan Suruhan Syarikat Malaysia (SSM) sebagai salah satu langkah untuk memastikan apa yang diniagakan itu dilindungi dan dikawal menerusi undang-undang sedia ada. Saya pernah menulis mengenainya menerusi entri Peniaga Online Wajib Daftar SSM

Sebenarnya isu barangan rosak, bungkusan dibuka dan dikoyakkan bukanlah perkara baru. Ia sebenarnya telah lama berlaku, cuma teknologi dan keprihatinan rakyat di zaman ini yang menjadikan ia menjadi isu yang hangat diperkatakan, apatah lagi apabila ia dibangkitkan oleh mereka yang mempunyai jumlah follower yang ramai di facebook!



Bisnes online yang tumbuh bak cendawan sedikit sebanyak terimpak dengan apa yang berlaku. Peniaga dan usahawan yang terlibat dalam perniagaan jenis dropship paling terkesan. Saya pernah mengatakan bahawa antara bisnes yang boleh buat duit online paling best ialah Dropship sepertimana dalam posting 4 Cara Dapat Duit Online 2015. Ia merupakan antara bisnes yang berisiko rendah dan paling minima modal permulaan; malah ada perniagaan Dropship tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal sesen pun.

Secara peribadinya, saya menyokong operasi banteras ubat-ubatan tidak berdaftar KKM dan ubat tiruan itu. Apatah lagi memang terdapat kecenderungan rakyat Malaysia untuk kelihatan cantik dan sihat dengan menggunakan ubat-ubatan yang tidak berdaftar dan tiruan - yang selalunya lebih murah daripada harga pasaran produk original sebenar.

Tentu anda pernah baca mengenai kisah seorang bekas model dan bekas duta sebuah produk barangan kecantikan kesihatan yang terkesan sehingga menyebabkan beliau kehilangan ovari. Ia dikaitkan dengan produk supplement yang diambil, dan ramai percaya bahawa ia berkaitan dengan produk-produk kesihatan yang tidak original atau dengan kata lain - produk tiruan.

Ok. Di sebalik penafian Pos Malaysia ini, mari singkap beberapa masalah pengguna Pos Laju terutama berkaitan dengan bungkusan yang telah rosak atau dibuka - samada ia ada kaitan atau tidak dengan isu viral servis Pos Laju di facebook baru-baru ini, ia merupakan antara isu besar lama yang sepatutnya telah pun dapat diselesaikan oleh pihak Pos Malaysia. Jika tidak, selamanya Pos Malaysia serta Pos Laju akan dianggap sebagai bahan melepaskan geram walhal culprit sebenar adalah orang lain .. :).




Itu antara banyak lagi rungutan dan aduan yang telah dihantar menerusi AskPos. Ada banyak lagi aduan telah ditinggalkan menerusi laman perkhidmatan pelanggan Pos Malaysia di facebook ini. Bukan hanya aduan dan rungutan masalah, tetapi terdapat juga kata-kata pujian diberikan kepada Pos Malaysia.



Untuk sebarang masalah berkaitan Pos Malaysia dan juga Pos Laju, bolehlah berhubung menerusi talian khidmat pelanggan - 1 300 300 300 atau menerusi AskPos.


Sumber: babab.net

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.