.

.
Powered by Blogger.

Bapa Dikecam Heret Anak Seperti Anjing

Posted By: readnext - 19:34:00



Seorang bapa bertindak gila apabila mengheret anaknya dengan tali yang diikat pada lehernya lebih 100 meter sebagai hukuman kerana tidak belajar di Beijing.

Lelaki kejam yang berasal dari Zhejiang itu menghukum budak lelaki itu dengan mengheretnya ke rumah dengan mengikat tali pada leher budak itu mendapat kritikan kebangsaan sebagai penderaan kanak-kanak.

Pada 24 Mei, rakaman video telefon itu tersebar melalui internet di China menunjukkan seorang lelaki kejam menghukum seorang budak lelaki dengan mengheret ratus meter dengan tali diikat pada lehernya, NetEase dilaporkan.
Rakaman ini bermula dengan seorang lelaki yang tiba-tiba sedang berang dan dengan bersungguh-sungguh menarik tali yang diikatkan pada leher budak itu, lalu jatuh ke bawah dari tempat duduk pemandu trak.

Walaupun budak lelaki itu meronta-ronta meminta belas kasihan dan menangis ketakutkan, lelaki itu meneruskan tindakan kejamnya itu dan mengheretnya sepanjang jalan dari tempat letak kereta ke sebuah bangunan apartmen yang ratus meter jauhnya.

Polis telah dipanggil untuk menyiasat kejadian tersebut dan kemudian lelaki itu dikenal pasti sebagai seorang bapa dari Jinhua, wilayah Zhejiang dan budak lelaki itu adalah anaknya sendiri berusia 10 tahun.



Bapa itu bertindak gila apabila anaknya yang dikatakan nakal tidak mahu melakukan kerja rumah selepas berkali-kali disuruh.

Polis membebaskan lelaki itu selepas beliau melahirkan penyesalan atas apa yang dia lakukan pada anaknya.

Sesetengah netizens China menunjukkan tidak berpuas hati atas apa yang bapa itu lakukan dan bagaimana dia dilayan oleh pihak polis. 
sumber : oomedianetwork

Petanda Anda Sihat Atau Berpenyakit Berdasarkan Warna Air Kencing

Posted By: readnext - 18:11:00



Tidak dapat dinafikan air kencing merupakan petanda sama ada anda sihat ataupun tidak. Jom kita periksa warna air kencing kita dan petanda disebalik warna-warna yang dipaparkan.



Tidak Berwarna atau Lutsinar - Anda meminum terlalu banyak air


Warna Pucat Jerami - Anda sihat, kandungan air dalam badan mencukupi


Kuning Lutsinar - Anda Normal


Kuning Gelap - Normal, tetapi anda perlu minum lebih lagi selepas ini.


Kuning Madu - Anda kekurangan air, minum air sekarang


Berwarna Perang - Anda mungkin mengalami masalah hati (liver)



Berwarna merah jambu kemerahan - Adakah anda makan bit, blueberi, atau klembak? Jika ya, ia normal... Jika tidak, anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau hati... Segera berjumpa doktor...


Biru Atau Hijau - Ini sangat jarang, mungkin juga anda termakan makanan yang ada pewarna. Ini tidak berbahaya, walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya ianya berterusan...


Warna Ungu - Gurau je, mana ada air kencing warna ungu. Hehehe!


Berbuih ataupun kabut - Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda... Mungkin juga disebabkan masalah pada kidney anda... Segera berjumpa doktor


sumber : sportsmusang

(Macam2) Peniaga Online Kedek Tidak Mahu Pulangkan Baki Wang Pelanggan

Posted By: readnext - 17:20:00



#DALAM perniagaan online, peniaga dan pelanggan mungkin berhadapan dengan masalah jika mereka tidak memiliki akaun di bawah bank yang sama.

#Namun ia bukanlah masalah besar kerana pelanggan masih boleh membayar menerusi mesin ATM dan peniaga boleh memulangkan bakinya sama ada melalui kaedah sama atau mengisinya dalam bungkusan barang yang dipesan.


#Malangnya, tidak semua peniaga online mempunyai adab dalam berniaga seperti kes yang kami kongsikan melalui screenshoot mesej ini.



#Dek kerana mahu mengaut keuntungan dengan cara ‘kotor’, peniaga tersebut enggan memulangkan baki wang sebanyak RM9 kepada pelanggannya.

#Bukan itu sahaja, dia juga bersikap biadap dengan mengatakan pelanggan itu sengaja mahu menyusahkannya.

#Secara logiknya, tidak ada apa yang susah kerana dia hanya perlu memasukkan baki tersebut bersama barang yang akan dihantar nanti.

#Kalau beginilah cara berniaga, jangan merungut pula kalau tak ada orang yang sudi berurusan dengan anda selepas ini..



Digelar Hantu - Amy Search Nasihatkan Pakar Motivasi

Posted By: readnext - 21:26:00


Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Bagaimana seorang pakar motivasi boleh mengeluarkan perkataan sedemikian rupa. Dengan menggelar Amy Search dengan panggilan hantu. Sepatutnya sebagai seorang pakar motivasi setiap perkataannya mengambarkan sesuatu idea yang bernas dan bijak supaya dapat menjadi ikutan

Pakar motivasi menerusi akaun Facebook beliau memuat naik status serta sekeping gambar poster penampilan kumpulan Search di Festival Belia Putrajaya.


Menurut pandangan pakar motivasi tersebut mengatakan "Setelah bertahun-tahun negara sambut Hari Belia Negara, belia-belia kita menjadi semakin teruk kerana hantu-hantu macam ni yang menjadi pengisinya"

Justeru itu Amy search selaku wakil kumpulan search dengan tenang dan tidak melatah dengan kritikkan yang diterima pakar motivasi tersebut. Amy search dengan nada tenang menasihatkan pakar motivasi yang dikatakan tidak mencerminkan pekerjaannya sebagai seorang pakar motivasi.


Kertas putih salju ku coretkan kedukaan kuHitam dn kelabu ada lah warna dlm hidup kuApa kah jika lagu2 yg ku syairkan itu dpt mengembira hati mereka dn di jadikan sebahgian perjlnan hidup mereka utk berjaya itu satu dosa? Jgn di hina belia2 itu kerna mereka itu sbahgian dri aku dn aku juga sebahgian dri mereka yg punya cita. Tutur kata seorng motivasi itu seharus nya indah lgi mulia. - Amy



Walaubagaimanapun, status Facebook pakar motivasi dengan kritikan kumpulan Search hantu itu telah ditarik balik.dan pakar motivasi memuatnaik status mengatakan akan bertemu dengan Amy Search dalam masa terdekat untuk memohon maaf secara peribadi atas ketelanjuran tulisan beliau..


sumber : oomedianetwork

(Video) Jenaka TMJ, Masak ‘Resepi’ Tunku Boo Boo

Posted By: readnext - 20:55:00



Kami teringat bagaimana Tengku Jalil bergurau bersama jururawat di hospital tempoh hari. Abangnya iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail juga memiliki sifat humor seperti adiknya

Sebelum ini kita gelihati melihat jenaka TMJ tentang kehilangan Stadium Larkin "`Alamak Stadium Larkin dah hilang’"


Tetapi kali ini TMJ membuat rakyat ketawa dengan aksinya sedang memasak pula. Tetapi yang kelakarnya adik kesayangan TMJ iaitu Tengku Boo Boo atau nama sebenar, Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim Ismail menjadi ‘mangsa’ untuk menu memasak TMJ nama resepi ‘Tengku Boo Boo’
Video yang dimuatnaik daripada laman Facebook Johor Southern Tigers berdurasi 44 saat memperlihatkan TMJ kononnya sedang memasak ‘Tengku Boo Boo’.

Kalau kita lihat dari video tersebut ‘Tengku Boo Boo’ berada dalam sebuah baldi berisi air dan diletakkannya bawahnya kayu.
Bukan itu sahaja malah siap memasukkan garam dan bahan-bahan lain untuk menyedapkan resepi

kita dapat lihat sikap bersahaja TMJ sama juga seperti ayahandanya. seorang raja yang berjiwa rakyat

Admin pun asal johor.kampung pasir johor bahru.


sumber : oomedianetwork

Orang Kelantan Marah, Akhbar Didakwa Suka Hina Negeri

Posted By: readnext - 10:32:00


SEBUAH akhbar tempatan menerima kecaman dan kritikan hebat di laman sosial gara-gara dilihat cuba memburuk-burukkan nama negeri Kelantan menerusi tajuk yang dipilih untuk sesebuah artikel termasuk kes pembunuhan di Cyberjaya, baru-baru ini.



Artikel bertajuk “Lelaki Kelantan diheret ke mahkamah” itu mencetuskan sensasi apabila ia dikatakan memberi gambaran seolah-olah lelaki Kelantan jahat dan sering melakukan aktiviti jenayah.


Keadaan tambah panas apabila beberapa lagi laporan lama yang juga disiarkan akhbar berkenaan dan dianggap berunsur ‘hinaan’ kepada rakyat Kelantan kembali dikongsikan hingga isu ini menjadi viral.

Antaranya laporan bertajuk “Penampar mahal lelaki Kelantan” dan “Lengan murid lebam dicubit Ustazah Kelantan”.



Berikutan itu, beberapa fan page Facebook yang mewakili anak Kelantan seperti Hanya Di Kelate, I Love Kelantan dan The Red Warriors Malaysia menggesa akhbar berkenaan membuat pemohonan maaf kepada rakyat negeri tersebut.

Sebenarnya, kebanyakan pengamal media sendiri sedia maklum bahawa sebarang perkara melibatkan bangsa, agama, mahupun negeri tidak sepatutnya disensasikan dalam laporan yang disiarkan.

Semoga isu sebegini membuka mata semua pengamal media dan menjadi pengajaran agar tiada lagi mana-mana pihak yang terguris hati.






sumber : mynewshub

(Video) Ibu Hayun Mayat Anak Di Buaian Taman Permainan

Posted By: readnext - 10:15:00


SEORANG wanita mengejutkan warga setempat apabila dilihat menghayunkan mayat anak kandungnya yang berusia tiga tahun di buaian taman permainan di Maryland, Amerika Syarikat, Jumaat lalu.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, sehingga kini, tiada kesan kecederaan mahupun trauma pada tubuh kanak-kanak tersebut dan punca kematiannya masih disiasat.

Sumber turut berkata, siasatan kini sedang menyingkap rutin seharian yang dijalani si ibu muda itu dalam lingkungan masa beberapa hari lalu bagi mencari faktor kematian anaknya.

Dalam kejadian menghayat hati itu, pihak berkuasa bergegas ke Taman Rekreasi La Plata kira-kira jam 7 pagi setelah menerima panggilan dari orang awam.

Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis mengeluarkan tubuh kanak-kanak terbabit dari buaian sebelum memberikan bantuan, namun mengesahkan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.

Si ibu kemudiannya dibawa ke sebuah hospital bagi ujian kesihatan, sementara autopsi akan dijalankan bagi mencari punca kematian kanak-kanak tersebut.

“Ia merupakan situasi yang menyedihkan dan tragik untuk si ibu, keluarga dan anggota polis. Kita semua ingin tahu punca kejadian tersebut. Kami bekerja keras untuk itu.”


sumber : mynewshub

Restoran-Restoran Unik & Pelik di Dunia

Posted By: readnext - 09:57:00
Restoran-Restoran Unik & Pelik di Dunia

Jom lihat antara restoran-restoran yang unik dan pelik di dunia

Hardwired Host


Restoran Hajime ini terletak di Bangkok dan dikendalikan robot. Pemilik restoran ini, Lapassarad Thanaphant (foto) meletakkan harapan tinggi terhadap restoran yg dikendali robotnya ini. Beliau melaburkan hampir $1 Juta utk membeli 4 robot menari yg digunakan utk menghidang hidangan Jepun.

Ninja New York


Antara makanan fusion yang paling kreatif ini dihidangkan di sebuah restoran yang agak luarbiasa dengan suasana sekelilingnya seperti "Disneyland Ninja". Para pelanggan akan dibawa ke ruang makan melalui "laluan rahsia" dimana "ninja-ninja" bersembunyi dalam bayang-bayang, dan dibawa ke meja di dalam bilik seperti penjara. Pelayan-pelayan ninja akan melakukan persembahan silap mata sambil menghidangkan makanan, seperti sos yang terbakar.


Yellow Treehouse Café



Dibina di salah satu pokok redwood berhampiran Auckland, New Zealand, Yellow Treehouse Café ini akan merealisasikan fantasi anda tentang kehidupan di rumah pokok. Kafe ini pada mulanya direka oleh Pacific Environment Architects sebagai sebahagian kempen pemasaran untuk laman kuning di kawasan ini. Namun kafe ini tidak lagi dibuka untuk makan malam tetapi boleh di sewa untuk majlis persendirian.

Restoran Tandas di Taiwan


Restoran pelik yang dihias dengan hiasan moden dan penuh dengan konsep tandas ini terletak di Taipei, Taiwan. Marton Theme Restaurant di Kaohsiung, Taiwan ini menggunakan konsep tandas untuk restoran unik mereka. Mereka menghias bilik2 dan kerusi2 kelihatan seperti di dalam tandas. Meja2 pula direka untuk kelihatan seperti tab mandi. Makanan pula akan dihidang di atas pinggan dan mangkuk yang reka bentuknya seperti tempat duduk tandas. Anda pasti mempunyai pendapat berbeza mengenai restoran ini bukan? Ada yg menyukai konsepnya yg unik, dan pasti ada juga yg tidak biasa dengan konsep pelik ini.

Lihat Juga : (Video & Foto) Mesin2 Layan Diri Yg Pelik di Dunia

Makan Malam di Hospital


Restoran yang dinamakan D.S. Music Restaurant ini pasti mengejutkan anda apabila anda masuk ke dalamnya. Di pintu masuk, anda akan duduk di kerusi roda dan pelayan beruniform jururawat akan membawa anda ke meja makan di mana minuman anda akan dihidangkan daripada tiub IV yang tergantung di siling. Jururawat2 ini kemudiannya akan bertanyakan soalan2 trivia dan jika anda dapat jawab dengan betul, anda akan dihadiahkan dengan minuman lazat yang akan dihidangkan melalui picagari terus ke mulut anda. Servis2 pelik tidak berhenti setakat ini sahaja. Setelah anda selesai makan, seorang kakitangan wanita dengan pakaian ballerina yang pelik akan menari di atas meja anda. Pelikkan? Rase2 nak datang lagi tak next time??

Dinner in the Sky


Tidak semua orang boleh menikmati hidangan makanan sambil tergantung 150 kaki dari atas tanah menggunakan kren walaupun anda tidak gayat. Di Dinner in the Sky di Belgium ini, pelanggan akan
"diikat" pada kerusi dan dinaikkan sehingga separuh ketinggian Big Ben dan dihidangkan makanan yang dimasak di dalam sebuah oven kecil di tengah2 struktur tersebut.

Devil Island Prison Restaurant


Pemilik Devil Island Restaurant di China ini  ingin menakutkan orang ramai daripada terjebak dalam kehidupan jenayah dengan menunjukkan kepada mereka bagaimana teruknya kehidupan di dalam penjara nanti - dengan restoran berkonsepkan jel/penjara, Pelanggan akan dibawa ke meja makan dengan tangan digari dan dihidangkan roti goreng berbentuk keranda. Setiap meja dikelilingi bar penjara yang berkarat dan hidangan akan dihidangkan oleh pelayan beruniform belang hitam putih. 

The owner of the Devil Island restaurants in China reportedly wanted to scare people away from a life of crime by showing them just how rough prison life can be – through a jail-themed restaurant where you’re led to your table in handcuffs and served fried coffin-shaped bread. Each table is surrounded by rusting prison bars, and you’re served by waiters in black-and-white striped uniforms. A similar restaurant in Beijing is misleadingly named ‘Zen Cool’.

Underwater Restaurant di Maldives


Restoran bawah air ini terletak 5 meter bawah paras laut di Hilton Maldives Resort & Spa di Rangalifinolhu, Maldives. Restoran ini mempunyai kapasiti hanya untuk 14 orang dan dilitup dengan bumbung acrylic telus dimana pelanggan boleh menikmati pemandangan dalam laut yang indah.

Lihat Juga : (Foto) Asrama Mewah & Unik di Copanhagen

sumber : oddstuffmagazine

Bahaya Juga Selfie Stick Ni Ye??!! =D

Posted By: readnext - 22:54:00
Bahaya Selfie Sticks Mengikut Sisi Pandangan Pizza Hut


Pada mulanya ia hanyalah aksi menangkap gambar diri sendiri, kemudian diberi nama ‘selfie’, dan kemudian selfie stick dicipta. Bayangkan dalam satu tempat sempit, dipenuhi dengan manusia yang menggunakan selfie stick, oh, ia boleh jadi bahaya. Kalau tidak bahaya, masakan Korea Selatan mengharamkan penggunaan selfie stick!

Dalam satu kempen pemasaran yang bijak, Pizza Hut mengusik masyarakat dengan isu selfie stick. Buat saya tergelak.


Pandai betul Pizza Hut buat iklan. They’ve made it funny and made it viral.


Please Selfie Responsibly.

Lihat Juga : (Video) Kucing Comel Ini Selamatkan Anak Tuannya Daripada Ketuhar Panas

sumber : thevocket

(Video) Kucing Comel Ini Selamatkan Anak Tuannya Daripada Ketuhar Panas

Posted By: readnext - 22:33:00
(Video) Kucing Comel Ini Selamatkan Anak Tuannya Daripada Ketuhar Panas


Sedang ibu bapa anak kecil ini asyik bersembang, anak lelaki ini secara tidak sengaja telah menghidupkan ketuhar. Dia terus bermain dan menekan punat sambil berpaut pada pemegang ketuhar.

Kucing putih ini datang lalu tolak kaki si anak kecil. Oleh kerana anak kecil ini terus bermain, kucing ini mengambil tindakan drastik, berdiri dengan dua kaki lalu menolak tangan tuan kecilnya, lalu menjauhkan tuan kecilnya daripada ketuhar...



Terbaek kucing ni!! X sia2 bg extra Whiskas.. Hehehe...    =)

Lihat Juga : (Video) Beria Baby Nih Cakap Kat Hp Dgn Bapaknye... Sepatah Ayat Bapaknye X Phm.. =D

Gadis Ini Dirogol dan Dibunuh Kerana Tak Bagi Pinjam RM2.74

Posted By: readnext - 22:13:00


Yogyakarta: Seorang siswi dari Universitas Gadjah Mada telah ditemui mati di rumahnya apabila dipercayai telah dirogol dan dibunuh.

Seorang penggemis, Reza Muhammad Zam, 20,  telah berjaya ditahan dan dia mengaku membunuh dan merogol seorang siswi tersebut kerana mangsa enggan meminjamkan wang yang berjumlah Rp10,000 (RM2.74).

Suspek berkata dia amat berang selepas mangsa, Eka Maya Sari, 27, hanya memberikan dua gelas kopi kepadanya.

Berdasarkan soal siasat, Reza memberithu dia telah ke gerai makanan milik Eka pada 2 Mei lalu kerana mahu meminjam wang berjumlah Rp10,000 (RM2.74) untuk membeli makanan.

“Eka memberitahu, dia hanya ada wang untuk berniaga dan hanya menghidangkan saya dua gelas kopi.

“Saya terdesak dan mahu meminjam wang untuk makan serta belanja pulang ke kampung.

“Saya tidak mempunyai rakan atau saudara untuk meminjam wang,” katanya ketika ditemui wartawan di ibu pejabat polis di sini, semalam.

Kerana terlalu marah, Reza telah memukul tengkuk Eka sehingga pengsan dan mengheret mangsa kedalam rumahnya.

Suspek itu dikatakan cuba merogol mangsa tetapi wanita itu tersedar menyebabkan dia memukul lagi wanita itu sehingga mati.

Sebelum beredar suspek telah mengambil wang berjumlah Rp575,000 (RM158) dan dua telefon bimbit milik mangsa.

Polis telah berjaya memberkas suspek di rumah ibunya di Kebumen, Jawa Tengah.

sumber : siakapkeli

5 Minuman Manis Pembawa Maut Di Malaysia??

Posted By: readnext - 21:57:00


Setiap kali anda keluar bersama rakan-rakan, sama ada mengopi atau mengeteh, pernah atau tidak anda perasan minuman yang anda pesan kadang-kala melibatkan kandungan gula yang tinggi.

Mungkin kerana anda sukakan minuman tersebut membuatkan anda tidak sedar bahawa pengambilan yang kerap akan membuatkan anda menderita di hari tua atau memudaratkan.

1. Teh Tarik


Jika mamak buat teh tarik kurang manis, anda siap panggil semula supaya bagi manis betul-betul. Pengambilan teh tarik yang tidak terkawal merupakan penyumbang utama diabetes.

2. Minuman Tenaga Extra Joss


Ini biasa mana-mana kedai buat pun, bukan main lagi dia punya manis. Malah ada yang minum kata, tidak mengapa ia manis kerana ia bagi tenaga. Tenaga apa jika lepas makan anda balik rumah kemudian tidur.

3. Kopi 3 in 1


Pengambilan kopi 3 dalam 1 memang memudahkan dan menjimatkan masa kerana tidak perlu tambah gula tapi tahukah anda bahawa kopi pracampuran boleh menjadi penyumbang kenaikan berat badan yang seterusnya membawa kepada masalah lain?


4. Minuman Berkarbonat


Pelbagai pilihan minuman berkarbonat anda boleh lihat dipamerkan di setiap pasaraya mahupun restoran atau kedai makan. Semuanya nampak sedap sehinggalah anda sendiri disahkan menghidap kencing manis.

Anda sendiri tahu bukan sebanyak mana kandungan gula di dalam setiap tin minuman berkarbonat?

5. Jus Buah


Jus dengan rasa buah sebenar? Kenapa anda tidak makan sahaja buah terus? Ini pasti anda sendiri tidak nafikan betapa manisnya jus yang terdapat di dalam kotak mahupun tin.

Apa yang kami kongsikan dengan anda hari ini bukanlah tidak boleh minum langsung, tetapi berwaspada dan biarlah tidak terlalu kerap.


sumber : anasuffian

11 Bahan Makanan Yang Boleh Digunakan Untuk Mencuci

Posted By: readnext - 21:19:00


Tahukah pembaca, terdapat sebilangan bahan mentah yang menjadi makanan setiap hari, sebenarnya bertindak lebih baik daripada bahan pencuci seperti sabun dan peluntur yang dijual di pasaran?

Ya, jangan tak percaya, bahan-bahan tersebut juga sebenarnya digunakan sebagai formula untuk dimasukkan dalam kandungan bahan pencuci pada hari ini.

Namun, untuk keberkesanan berganda, adalah lebih afdal andai ia terus digunakan tanpa dicampur dengan bahan lain. Jimat pun ya!

Buahan seperti lemon dan limau nipis sangat dikenali sebagai agen pencuci kan?


Namun, banyak bahan lain yang boleh menyenangkan kehidupan seharian pembaca andai ia digunakan pada cara yang betul.

1. Kulit pisang sebagai bahan mencuci barangan perak.


Jangan pandang enteng akan keberkesanan kulit pisang. Jika ada pembaca yang memiliki barangan berasaskan perak, cuba guna teknik mengilatkan barangan tersebut mengunakan kulit pisang.

2. Kulit timun boleh hilangkan contengan di dinding dan meja.


Bagi ibu bapa yang memiliki anak ‘kreatif’ dan ‘berseni’, mereka boleh menggunakan kulit timun untuk menghilangkan kesan contengan di dinding.

Malah, jika ada yang cuba mengelak daripada kesan wap pada cermin ketika mandi, cubalah tip menggosok kulit timun di situ sebelum mandi.

3. Sos tomato untuk kilatkan barangan tembaga.


Mungkin tidak ramai yang akan mengaplikasikan teknik ini pada barangan tembaga mereka, namun apa salahnya mencuba, bukan?

Senang sahaja, cuma sapukan sos tomato di sekitar permukaan tembaga dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air. Tembaga akan menjadi berkilat seperti sediakala.

4. Bawang untuk hilangkan kesan karat pada pemanggang.


Caranya mudah, panaskan sebentar pemanggang, kemudian gosok belahan bawang di bahagian yang berkarat. Pastinya, sisa-sisa makanan dan kesan besi karat akan tertanggal selepas itu.


5. Kacang walnut untuk hilangkan calar pada perabot kayu.


Hanya kupas kacang walnut dari kulitnya dan sental di bahagian yang bercalar. Kemudian, gunakan tangan untuk menyapu kesan minyak yang keluar dari biji walnut.

Selepas beberapa minit, ambil kain dan lap perlahan-lahan di kawasan calar tersebut. Hasilnya pasti mengagumkan kerana kesan calar akan hilang!

6. Garam sebagai bahan peluntur tumpahan wain merah.


Bagi menghilangkan kesan wain merah, pembaca cuma perlu menggunakan garam kerana garam merupakan agen yang akan menyerap tumpahan tersebut. Namun, ia harus dilakukan segera sebelum kering.

7. Potongan roti sebagai medium mengutip sisa kaca.


Mungkin ada sesetengah suri rumah tidak sedar, kaca yang pecah tidak dibersihkan seratus peratus. Maka, teknik ini boleh dicuba. Cuma ambil sekeping roti biasa dan jadikan seperti kain lap di seluruh kawasan kaca berderai.

Ia mampu mengutip sisa-sisa kecil kaca yang mungkin tidak kelihatan di pandangan mata kasar.


8. Beras mampu mencuci pengisar kopi.


Teknik ini juga boleh diaplikasi untuk pengisar rempah. Caranya mudah, hanya ambil sedikit beras dan kisar. Pastinya, ia akan sekaligus mengeluarkan sisa kopi dan rempah yang tertinggal di dalam.

9. Minyak zaitun mampu hilangkan getah pokok.


Mungkin ada antara pakaian yang pernah terkena getah pokok, maka teknik ini boleh dicuba. Cuma sapukan sedikit minyak zaitun di bahagian pakaian tersebut, ia akan tertanggal dengan sendirinya.

10. Tepung jagung sebagai bahan penanggal kesan minyak.


Ya, mesti situasi ini selalu terjadi. Apabila makan di sofa ruang tamu, akan terdapat minyak yang terjatuh ke permaidani mahupun sofa sendiri. Untuk menghilangkan kesan tersebut, tabur tepung jagung sehingga menutupi kesan minyak dan biar ia selama 15-20 minit.

11. Coca cola sebagai agen pembersih tandas.


Sebab itu ramai yang menegah untuk selalu meneguk minuman coca cola kerana kesannya sangat kuat. Tak percaya, cuba curah air coca cola ke dalam mangkuk tandas dan lihat kesannya beberapa minit selepas itu.

Ia mampu menanggalkan kesan kotoran di sekitar mangkuk!


P/s: Yg mane boleh cuba tu jom try.. tengok jadi x?  =)


sumber : mynewshub

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.