Gara-gara termakan pujukan seorang lelaki yang terdesak mahu menjual iPhone 6, seorang remaja lelaki akhirnya terpedaya selepas dikatakan membeli telefon pintar tersebut yang merupakan telefon mainan.
Dia dikatakan kerugian sebanyak RM500 kerana membeli iPhone tersebut semasa berkunjung ke Jaya Jusco Seremban 2.
Beliau yang memuat naik status dilaman Facebook menggunakan nama Ben Zaf, dia dikatakan telah terjumpa dengan seorang lelaki yang mengaku berasal dari Taiwan.
Lelaki itu memberitahunya dia terdesak menjual iPhone 6 tersebut kerana mahu pulang ke Taiwan tetapi tidak membunyai wang.
Pada mulanya lelaki itu menawarkan harga RM800 tetapi tidak dilayan olehnya menyebabkan lelaki itu merayu dan memujuknya dengan menurunkan harga ke RM500.
Kerana harga yang ditawarkan amat menarik untuk sebuah iPhone 6, akhirnya remaja itu telah termakan pujukan lelaki tersebut.
"Saya pun terkejut, iPhone 6 orang nak jual dengan harga RM500, siapa tak nak?," katanya.
Setelah memegang dan membelek-belek telefon itu dia berpuas hati membuatkan dia terus membayar harga RM500 untuk iPhone berkenaan.
Lelaki tersebut terus membuang simkad miliknya yang ada di dalam fon berkenaan dan terus berlalu pergi.
Dia cuba memasukkan simkadnya sendiri ke dalam telefon itu tetapi gagal membautkan dia telah membawa telefon itu ke kedai telefon berdekatan.
Alangkah terkejutnya beliau selepas pekerja kedai telefon berkenaan memberitahu bahawa telefon tersebut adalah hanya sebuah telefon mainan.
Kerana kecewa dan sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak terkena dia telah memuatnaik gambar lelaki berkenaan ke laman Facebook.
Menurutnya sekali pandang dan guna ternayata telefon tersebut tidak ubah seperti telefon original dan sebelum membayar dia cuba menelefon rakannya untuk kepastian dan mereka mengatakan ia original.
Ada pengguna Facebook mengatakan sebenarnya semasa remaja tersebut mencuba memang ia telefon original tetapi semasa kononnya sim kad cuba dibuang itulah telefon original telah ditukar dengan telefon mainan.
Kepada anda diluar sana berhati-hati denga sendiket seperti ini kerana mereka dikatakan bergerak aktif memperdayakan mangsa baru setiap hari. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment