Jepun – Tangisan bayi boleh menjadikan sesetengah orang `naik hantu’ namun dalam pertandingan pelik ini, tangisan bayi menentukan kemenangan.
Dalam pertandingan sempena festival Nakizumo, bayi yang paling kuat menangis akan menjadi pemenang.
Menerusi pertandingan yang merupakan amalan tradisi sejak 400 tahun lalu itu ahli sumo akan memegang bayi dan selepas loceng dibunyikan, pengadil akan cuba menakutkan bayi terbabit dengan tujuan supaya bayi menangis.
Seramai 100 bayi mengambil bahagian dan tangisan paling kuat serta paling lama akan menjadi pemenang.
Pertandingan diadakan di seluruh Jepun namun peraturan pertandingan bergantung kepada wilayah tertentu.
Ada wilayah menetapkan bayi yang pertama menangis akan dianggap kalah.
Amalan ini dilaksanakan dengan matlamat memberikan kesihatan baik kepada bayi yang mengambil bahagian selain menghalau roh jahat.
sumber : mynewshub
0 comments:
Post a Comment