(Video) Geng Makcik Kangkang Kembali Mengganas

Posted By: readnext - 22:55:00

Share

& Comment




SIAPA sangka perwatakan bertudung dan lagak ‘emak-emak’  sebenarnya merupakan lakonan semata-mata.

Di Sabah, gelagat sekumpulan empat perempuan bertudung yang bersekongkol mencuri di sebuah premis berjaya dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman sosial, kejadian dikatakan berlaku pada 1 Jun lalu, di premis Sportmat, Tawau.
Melalui rakaman, kelihatan suspek menggunakan taktik ‘sorok barang celah kangkang’ dengan menggumpal pakaian sebelum menyelak dan menyumbatnya di dalam baju yang dipakai.



Sejurus selepas itu, suspek beredar dan di kedudukan yang sama, seorang lagi rakannya melakukan perbuatan yang serupa, serentak dengan seorang lagi yang lain.

Tiga daripada mereka kemudiannya beredar keluar dari premis berkenaan.

Sementara itu dari sebuah rakaman di kedai yang sama, seorang wanita dilihat membuka kotak dan kemudian mengepitnya di celah kelangkang. Ia dilakukan berdepan dengan CCTV dan suspek kelihatan ditemani seorang lelaki dan anak kecil.

Keempat-empat makcik geng “kangkang” ini akhirnya kelihatan bersatu untuk kembali mencuri di kedai sama.
Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Salah seorang mereka “kantoi” apabila barang yang disembunyikan di celah kelangkang terjatuh di hadapan salah seorang pekerja yang segera menjerit hingga menarik perhatian orang lain.

Suspek bagaimanapun dengan selamba cabut lari diikuti teman-teman sejenayahnya yang berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Dunia sekarang… macam-macam hal! – MYNEWSHUB.CC

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.