Selain Erra Fazira, penyanyi Amy Mastura dan Ayu Damit juga kini sudah berhijrah sepenuhnya dengan memakai hijab.
Amy, yang pernah membintang filem Puteri Impian suatu ketika dahulu berkata penghijrahannya ini adalah hasil doa dan sokongan daripada keluarga dan kenalannya.
“Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim.
“Ikutkan saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal.
“Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh," ujar Amy.
Sementara Ayu, artis kelahiran program One In A Million pula memberitahu keputusannya memakai tudung sebagai medium mendekatkan dirinya dengan peminat.
"Saya sudah pasang niat lama nak menutup aurat dan Alhamdulillah kini saya anggap masa terbaik untuk bertudung," katanya sepertimana dipetik Rotikaya.
sumber : siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment