NAMPAKNYA, peraturan dan undang-undang dalam penggunaan nombar plat kenderaan sudah semakin pelik di Malaysia.
Mana taknya, seorang pemandu ini telah diberikan saman daripada pihak trafik disebabkan nombor plat pendaftaran kenderaannya mempunyai sticker pelekat.
Menerusi surat saman tersebut, tertera kesalahan “Memasang/menampal sticker pada papan no pendaftaran”, yang bertarikh 9 Jun 2015.
Tak kan lah yang tu pun nak saman kot? Kami tak rasa pun sticker lambang Kelantan tersebut menghalang nombor-nombor pada platnya.
Adakah sticker tersebut menyebabkan huruf atau angka-angka yang diletakkan pada nombor platnya disifatkan sebagai menggelirukan pihak berkuasa?
Namun jika perkara seperti ini boleh melanggar undang-undang jalan raya, nak tak nak terima lah dengan seadanya.
Jadi kepada pemandu-pemandu di luar sana buat masa ini adalah lebih baik dibuangkan sahaja sticker pada papan no plat anda.
sumber : -MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment