.

.
Powered by Blogger.

Bayi Buta Selepas Terdedah Kepada Flash Kamera

Posted By: readnext - 14:47:00



CHINA – Seorang bayi buta sebelah mata selepas rakan kepada keluarganya yang menziarahi bayi berusia tiga bulan itu terlupa menutup flash kamera ketika merakamkan gambarnya dari jarak dekat.

Klik >>> SINI <<< untuk artikel penuh

Lihat Juga : 11 Gambar Bayi Dirakam Menerusi TV Pemantau Bayi ini Pasti Membuatkan Ibu Bapa Tidak Lena Tidur
Lihat Juga : MESTI BACA!!! Kenapa Bayi Kena Penyakit Kuning Selepas Dilahirkan?





FB Najib Dibanjiri Puluhan Ribu Mesej Letak Jawatan

Posted By: readnext - 14:23:00



Bermula dari pengumuman rombakan kabinet yang menggugurkan Muhyiddin Yassin baru-baru ini, Facebook Perdana Menteri, Najib Razak dibanjiri dengan puluhan ribu mesej letak jawatan yang dicopy paste  di ruangan komen status Perdana Menteri Malaysia itu.


Komen-komen terbabit dipenuhi dengan hashtag najibletakjawatan.




Selain dari itu terdapat juga komen-komen dari pengguna media sosial yang melawan komen letak jawatan itu dengan menulis #wesupportyounajib.



Komen-komen terbabit paling banyak ditulis di dalam kenyataan di Facebook tersebut yang menjelaskan tindakannya merombak kabinet semalam. 

Sehingga ke saat ini, pertarungan berbalas komen itu masih lagi berlaku.- Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

(10 GAMBAR) ‘BABY SHOWER’ JACLYN VICTOR YANG DISAMBUT MERIAH

Posted By: readnext - 13:58:00
(Foto) Majlis ‘Baby Shower’ Jaclyn Victor Disambut Meriah

Penyanyi Jaclyn Victor kini sedang menghitung hari untuk menyambut kehadiran cahaya mata pertamanya, hasil perkahwinan bersama suami, Shawn Rivera menjelang Ogos. Ahad lalu, bertempat di Ratatouille La Gourmet, Publika, pasangan ini telah mengadakan majlis baby shower dan turut dimeriahkan dengan kehadiran teman-teman rapat serta keluarga.













sumber : sensasimalaysia

Erra Fazira Terima Jika Jodohnya Dengan Lelaki Muda

Posted By: readnext - 12:12:00



NAMA primadona filem Melayu ini acap kali dikaitkan bercinta dengan penyanyi yang memenangi program realiti Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi.

Namun sehingga ke hari ini baik Erra Fazira mahu pun Shahir mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung dakwaan tersebut.


Mengakui dirinya kini sedang bercinta dan mengenali hati budi seseorang, Erra walau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Erra juga berkata dia tidak menolak sekiranya jodohnya selepas ini merupakan jejaka yang lebih muda daripadanya kerana menganggap ianya adalah ketetapan daripada Ilahi justeru siapalah dia untuk menolak takdir Allah yang telah direncanakan.

Memetik laporan Berita Harian, Erra menyatakan: “Tidakkah soal jodoh itu di tangan Tuhan. Lihat sahaja bagaimana Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang berbeza peringkat usia tetapi kini sedang mengecapi bahagia. Sejarah Islam sendiri melihat bagaimana Rasullullah SAW berkahwin dengan isteri pertamanya, Siti Khadijah yang lebih berusia.


“Usia itu bersifat subjektif. Pokok pangkalnya sekarang doakan yang terbaik untuk saya. Andai ditakdirkan bercinta dengan lelaki muda sekali pun, saya tak mampu melawan kehendak takdir,” ujar penyanyi dan pelakon berusia 41 tahun itu.

Pernah melalui dua kegagalan dalam perkahwinan terdahulu, pastinya peminat-peminat setia Erra mahu melihat kebahagiaan hakiki dapat didakap oleh selebriti kesayangan mereka ini.

Kita doakan sahaja agar hubungan Erra dan jejaka misteri berkenaan kekal ke pelaminan sekaligus sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC


sumber : mynewshub

(Video) Mengerikan!! Wanita Maut Di'Telan' Eskalator

Posted By: readnext - 11:38:00



SEORANG wanita di China menemui ajal dengan cara menyayat hati apabila ‘ditelan’ oleh eskalator ketika menggunakan tangga bergerak tersebut untuk menaiki tingkat atas sebuah pasar raya besar bersama anaknya.

Kejadian ngeri itu dilaporkan berlaku di Jingzhou kira-kira jam 10.10 pagi, beberapa hari lalu sebelum rakaman video litar tertutup berkenaan dimuat naik ke laman Youtube.
Menerusi klip berdurasi 0.35 saat itu, ia memaparkan mangsa dan anaknya menaiki eskalator tanpa gangguan teknikal sehinggalah tiba di tingkat seterusnya.

Ketika memijak lantai besi, tiba-tiba ia dilihat runtuh lantas ‘membaham’ hidup-hidup wanita berkenaan.

Lebih menyayat hati, naluri keibuan wanita itu jelas terpancar apabila dia terus menolak anaknya ke tempat selamat sebelum hilang dari pandangan.




Walaupun terdapat beberapa individu di tepi eskalator ketika kejadian berlaku, namun mereka gagal membantu mangsa untuk keluar dari lubang berkenaan.

Memetik laporan LiveLeak, jasad mangsa hanya berjaya dikeluarkan setelah tiga jam terperangkap di dalam mesin berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

sumber : mynewshub.cc

(Viral) Intipati Ucapan TS Muhyiddin Yassin Pada Mesyuarat Majlis Penutup Mesyuarat UMNO Cheras

Posted By: readnext - 11:27:00



UCAPAN Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam ternyata menghangatkan lagi pentas politik negara.

Selain liputan meluas media yang menjadikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai tajuk utama berita, turut menjadi viral adalah intipati ucapan Muhyiddin termasuk di aplikasi WhatsApp.

Tinjuan Sinar Online mendapati intipati ucapan itu disebarkan sejak awal pagi tadi, sejurus kenyataan 'benar tetapi pahit' ini disampaikan oleh Muhyiddin, malam tadi. 

Terdapat enam intipati ucapan yang didakwa disampaikan oleh Muhyiddin seperti yang tersebar iaitu: 

1. Rakyat meluat dan gelisah melihat melihat isu-isu dalam negara yang masih tidak diselesaikan oleh pemimpin. 

2. Kita tidak boleh berbohong pada rakyat. Kita perlu terima hakikat rakyat dibawah ingin tahu isu 1MDB degan segera. Mereka ingin tahu hutang 1MDB RM42b, laporan WSJ terhadap wang yang masuk dalam akaun Presiden, mengapa tindakan tidak diambil ke atas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat yang telah menyebabkan 1MDB berhutang sehingga RM42b.

3. Isu ekonomi menjadi masalah utama. Isu kos sara hidup, GST, masalah perumahan, pengangguran, jenayah dan lain-lain. Isu-isu ini masih tidak ditangani ditambah lagi pula deagn bebanan hutang 1MDB. 

4. Kita tidak mengurus persepsi deagn baik. Kita salahkan rakyat menuduh pemimpin sedangkan pemimpin tidak buat apa-apa untuk meredakan persepsi buruk ini. Pemimpin cakap sahaja tetapi tiada tindakan.  

5. Umno kehilangan 'wow' factor. Umno sudah tidak dihormati oleh ahli dan rakyat seperti dulu.  Pemimpin tertinggi umno sudah hilang kepercayaan. 'Trust deficit' parti bertambah besar. Ahli-ahli  Umno sendiri tidak yakin kita boleh meyakinkan rakyat untuk PRU 14.

6. Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula ke pangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jangan kita masih menidakkan apa yang benar.‎


sumber : shonline

Senarai Penuh Rombakan Kabinet Baharu 28 Julai 2015

Posted By: readnext - 11:18:00
Senarai Penuh Kabinet Baharu



Perdana Menteri, Menteri Kewangan
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Masir Anak Kujat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Mah Siew Keong
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Paul Low Seng Kuan
Nancy Shukri
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Ir Dr Wee Ka Siong
Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Razali Ibrahim
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Menteri Kewangan II
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan 
Chua Tee Yong
Datuk Johari Abdul Ghani

Menteri Pengangkutan
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan 
Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan 
Datuk Seri Dr Hilmi Yahya

Menteri Pelancongan 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan 
Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan 
Datuk Wira Johari Baharom

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Ahmad Maslan
Datuk Lee Chee Leong

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Alexander Nanta Linggi
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
Datuk Dr Abu Bakar Mohamd Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Azizah Mohd Dun
Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya 
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya 
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Ismail Abd Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 
Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Menteri Belia dan Sukan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Datuk Saravanan A/L Murugan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Halimah Mohd Sadique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Ir Hamim Samuri

Menteri Pendidikan 
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan 
P. Kamalanathan
Chong Sin Woon

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Jailani Johari



Senarai yang digugurkan:

Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
Datuk Seri  G. Palanivel
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Hasan Malek
Datuk Dr Ewon Ebin

Timbalan Menteri
Datuk Abd Rahim Bakri


sumber : shonline

Tiada Amukan Gajah Dilaporkan, Orang Ramai Diminta Henti Sebar Khabar Angin

Posted By: readnext - 11:40:00



Gerik : Berikutan tersebarnya beberapa keping gambar di laman sosial yang menjadi viral kononnya berlaku kemalangan melibatkan gajah mengamuk di Banjaran Titiwangsa berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa.

Dalam maklumat yang disebarkan di laman sosial sebelum ini mendakwa dalam kemalangan tersebut menyebabkan beberapa orang telah meninggal kerana diserang gajah liar yang mengamuk.


Namun perkara ini dinafikan oleh pihak polis dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin berkenaan yang dilihat seperti mahu menakut-nakutkan orang ramai yang melalui jalan tersebut di mana ia merupakan jalan utama menghubungkan utara tanah air dengan Kelantan.






Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharum ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman menyangkal dakwaan mengenai amukan gajah itu.

“Kes kemalangan jalan raya yang disebarkan berlaku pada Aidilfitri kedua disebabkan jalan licin akibat hujan di kawasan berkenaan. Tiada kaitan dengan gajah,” katanya.


Selain dari maklumat Harian Metro, SK sendiri menjumpai kenyataan yang dibuat oleh saudara mangsa kemalangan yang menafikan kejadian tersebut berpunca dari serangan gajah.




Jadi orang ramai terutamanya pengguna media sosial diminta untuk menghentikan pernyebaran khabar angin berkenaan. - Siakapkeli.my

sumber : siakapkeli

Gerabak Tren LRT Terbakar Berhampiran Stesen Setiawangsa & Stesen Universiti

Posted By: readnext - 11:15:00
Gerabak Tren LRT Terbakar Berhampiran Stesen Setiawangsa & Stesen Universiti

LRT terbakar berdekatan Stesen Universiti.

KUALA LUMPUR, 22hb Julai: Sebuah gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbakar berhampiran Stesen Setiawangsa, pagi tadi dipercayai akibat masalah brek.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizah Ismail berkata ketika anggota bomba di tempat kejadian mendapati asap tebal memenuhi ruang di salah satu daripada empat gerabah tren berkenaan.








"Ketika bomba tiba, gerabak sudah dikosongkan dan kereta api itu digerakkan ke lokasi landasan yang lebih selamat oleh petugas LRT.

"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada masalah brek. Api dapat dikawal dalam masa tiga minit dan padam sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian," katanya. -
Siakapkeli.my


Satu lagi kebakaran yang membabitkan LRT berlaku kira-kira jam 12.15 tengahhari tadi berdekatan Stesen Universiti.

Sebuah LRT 4 gerabak terbakar di bahagian penyambung dan kebakaran dipercayai berpunca dari masalah brek.





sumber : siakapkeli

Tindakan Yana Samsudin Dan Suami Bersihkan Tandas R&R Yang Sangat Kotor Jadi Viral

Posted By: readnext - 12:09:00



Tindakan pelakon Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari membersihkan tanda di sebuah stesen minyak rehat dan rawat (R&R) di Sungai Perak rupanya menjadi bualan ramai pihak dan menjadi viral di laman sosial.



Apa tidaknya, kebersihan tandas sepatutnya menjadi keutamaan pengurusan setiap stesen minyak R&R kerana ia menjadi tumpuan pengguna jalan raya untuk singgah membuang air atau bersolat di surau yang disediakan.


Namun kecewa dengan keadaan tandas itu, Yana dan suami sanggup menarik hos pili bomba untuk membersihkan tandas meskipun tindakan mereka cuba dihalang oleh salah seorang pekerja stesyen minyak berkenaan.

Salah seorang pelayar Facebook, Zeezah Jamil yang meninggalkan komen di posting Facebook Yana mengakui melihat tindakan terpuji pasangan suami isteri itu.




Malah Yana dan Fadzil juga dikhabarkan membeli beberapa botol air mineral untuk digunakan mereka yang sedang beratur mahu menggunakan tandas.

Yana dalam pada itu berkata tindakannya suami isteri bukan mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya kerana tidak selesa dengan keadaan tandas apabila mahu menggunakannya.


“Tidak timbul istilah ingin menunjuk-nunjuk kebajikan yang dibuat kerana apa yang kami lakukan adalah seikhlas hati. Saya sendiri tidak memuat naik gambar ketika suami membersihkan tandas wanita yang kotor kerana ada najis itu.

“Saya sebenarnya sedang beratur hendak menggunakan tandas, namun hidung saya terbau sesuatu yang sangat busuk. Malah, saya menutup hidung menggunakan tudung saya kerana tidak tahan dengan bau itu.

“Saya difahamkan air tiada dan ia menyukarkan lagi pengguna untuk menggunakan tandas. Saya meminta suami membelikan air mineral beberapa botol dan ada antaranya saya gunakan untuk menjirus di lantai tandas itu.

“Selepas selesai menggunakan tandas, saya dan suami mencari hos dari luar untuk membersihkan najis di dalam tandas itu. Namun, kecoh seketika apabila pekerja stesen minyak itu menghalang kami menarik hos itu,” jelas Yana. -Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

#SayaZahra : Zahra Mengaku Menangis Kritikan Terkena Keluarga

Posted By: readnext - 10:49:00



Baru-baru ini, video #SayaZahra yang disampaikan oleh Siti Azzahra Abd Razly, menjadi viral di media sosial. Tidak menjangkakan perkara tersebut Zahra tidak menduga pelbagai reaksi yang diterima olehnya dek kerana video berdurasi 6 minit itu.

Secara rumusannya, Zahra mencerita masalah kewangan yang dihadapi oleh golongan-golongan muda zaman kini. Ramai yang bersetuju dengan pendapat Zahra. Tidak kurang ramai juga yang mengkritik ucapannya itu. Malah ada juga mengatakan Zahra hanya mahu mendapatkan perhatian di atas pentas.

Akibat dari reaksi yang pelbagai dari orang ramai, Zahra mengaku dia menangis apabila kritikan bertali arus itu turut ditujukan kepada keluarga Zahra.


"Orang menyerang hidup peribadi saya, cakap Zahra ini merengek, serang keluarga saya, kata mereka tidak membesarkan anak dengan baik.

"Orang kata saya bercakap di atas (pentas) bagi mendapatkan perhatian sedangkan sebenarnya tidak.

"Jadi, benda ini sangat menyakitkan sedangkan saya buat ini untuk semua orang," kata Zahra ketika diwawancara oleh portal The Malaysian Insider.

Menurut Zahra, para pengkritik terutamanya dalam isu Zahra menyewa rumah sewa RM4,000 sebulan tidak dapat menangkap apa sebenarnya yang mahu diceritakan.


"Maksud saya, rumah di Kuala Lumpur yang dekat dengan tempat kerja, kosnya mungkin RM500 seorang, saya tidak mampu.

"Jadi, saya cari rumah lain yang lebih murah tetapi terpaksa berkongsi dengan 8 orang. Sewanya, kalau dalam RM200 atau RM250 seorang itu, kira okay.

"Saya faham ramai yang nampak video itu macam merungut tapi mereka tidak nampak mesej di sebalik video itu," katanya.

Zahra berkata, apa yang diceritakan olehnya sebenarnya berkisarkan kisah dirinya yang secara kebetulan tepat dengan Laporan Sosioekonomi Melayu 2014.

Kata Zahra lagi, peluang untuk berucap di hadapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu digunakan sebaik mungkin bagi menyampaikan terus mesej dalam laporan tersebut.

"Dalam acara sedemikian kita tidak boleh ikut emosi. Kita tidak boleh lontarkan semuanya kepada beliau (Muhyiddin).

"Jadi, penceritaan itu untuk mendapat perhatian mereka yang di atas terhadap mesej kita," kata beliau lagi.

Mengulas satu lagi isu yang diucapkannya yang mendapat kritikan ramai, iaitu kenyataan cara keluar dari kesusahan hidup dengan mengahwini lelaki kaya, Zahra berkata dia hanya mahu berseloroh.

"Bahagian itu saya sebenarnya mahu berseloroh, ia sebahagian daripada penceritaan. Ia bukan bermakna betul-betul mahu kahwin dengan orang kaya.

"Saya cuma mahu berseloroh kerana mood pada masa itu pun tegang, sekurang-kurangnya orang akan ketawa sedikit," kata Zahra.

Zahra turut menegaskan kisah yang diceritakan olehnya itu adalah kisah benar. Begitu juga dengan cerita penggunaan kereta MyVi.

"Orang ingat saya baru tamat pengajian sudah mahu beli kereta. Bukan begitu. Kereta itu ayah saya punya. Saya bayar dekat dia itu sebagai penghargaan padanya.

"Jadi sekarang saya pakai kereta dia, dia pakai motosikal saja. Sebelum ini saya tiada kereta, saya memang guna pengangkutan awam.

"Naik LRT, monorel, KTM (komuter) semua saya naik. Saya balik kampung pun, saya naik keretapi," kata Zahra.

Selain itu Zahra turut mempunyai pesanan kepada mereka-mereka yang turut berkongsi kisah hidup di laman Facebook "Saya Zahra"
 "Saya ucapkan terima kasih kerana mereka menjadi inspirasi saya, bagi nasihat kepada saya." – Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

Kalau Ikutkan Hati Saya Mahu Pergi Wad Dan Tampar Saja Wanita Kerat Anak Itu - Luahan Doktor

Posted By: readnext - 17:36:00



Sebelum ini, menjadi isu di media apabila satu kes penemuan mayat seorang bayi yang telah dikerat lapan di dalam tangki najis di Kampung Manggol, Jitra, Kedah.

Ramai netizens melahirkan rasa terkejut dan merah dengan tindakan seorang ibu berumur 31 tahun berkenaan kerana tidak mempunyai sifat keperimanusiaan..


Menurut Dr Murizah Mohd Zain, doktor yang dipertanggungjawabkan merawat wanita berkenaan telah meluahkan rasa marahnya mengenai kejadian berkenaan.

“Ikutkan hati, saya mahu pergi wad dan tampar saja wanita itu. Tapi atas sikap profesional, saya batalkan niat itu,” katnya yang merupakan Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah.

Berdasarkan kenayataan polis bayi berkenaan telah dikerat oleh ibunya menggunakan objek tajam kepada lapan bahagian iaitu kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri serta tangan kanan dan kiri.

Suspek yang masih belum berkahwin kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah dan terpkas direman 4 hari di wad kerana mengalami pendarahan pada rahim.


Tambah Dr Murizah, dia tidak boleh membayangkan bagaimana seorang manusia dapat bertindak sekejam itu.

“Apa yang dilakukan wanita itu amat kejam, lebih teruk daripada binatang.

“Tindakan wanita tersebut sudah melampaui batas kebinatangan kerana binatang pun tidak akan melakukan perkara seperti itu ke atas insan yang lahir dari rahimnya.

“Jika betul dia waras ketika melakukannya, maka saya menyeru supaya dia dihukum dengan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada yang lain,” ujarnya.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. - Siakapkeli.my

BIADAB!! Penunggang Motosikal Raba Punggung Wanita Berjalan Kaki

Posted By: readnext - 05:50:00



Sangat biadap, itulah salah satu ungkapan yang boleh digambarkan dengan beberapa keping gambar yang menunjukkan tindakan seorang lelaki meraba punggung wanita di tepi jalan.


Gambar berkenaan dikatakan telah diambil di Jalan Besar Kampung Jejawi Perlis pada ahad lalu.



Lelaki berkenaan yang melalui jalan tersebut telah mengganggu wanita-wanita berkenaan yang dipercayai warga Vietnam sebelum bertindak meraba punggung mereka.

Mangsa yang berjalan dengan rakan-rakannya nyata terkejut selepas lelaki itu menggenggam punggungnya.


Lelaki berkenaan yang melakukan perbuatan keji itu meneruskan atau beredar tanpa rasa bersalah seperti tidak berlaku apa-apa.



Saksi yang merakam gambar berkenaan bertindak memecut kenderaannya untuk menghampiri lelaki berkenaan untuk mengambil gambarnya.

Tujuan mengambil gambar adalah untuk mengetahui identiti lelaki tersebut supaya senang untuk sebarang tindakan undang-undang diambil nanti. - Siakapkeli.my



Suami Isteri Maut Disondol Babi Hutan Ketika Menoreh

Posted By: readnext - 14:45:00



Segamat: Seekor babi hutan telah berjaya ditembak mati oleh pihak polis selepas haiwan liar itu dikatakan telah menyerang sepasang suami isteri hingga mati di sebuah kawasan kebun getah di Kampung Kuala Paya, Segamat, Johor tengah hari ini(Semalam).


Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari mengorbankan Loo See Siang, 66, dan isteri Liau Mei Lan, 65, yang sedang menoreh.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihak polis yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Berdasarkan kesan kecederaan memang disahkan mangsa mati disebabkan serangan babi hutan berkenaan.

Anggota polis yang diserang babi berkenaan

"Haiwan liar itu berjaya ditembak mati ketika cuba menyerang anggota polis yang tiba untuk melakukan siasatan di tempat kejadian.

"Berdasarkan kesan darah kering pada haiwan itu, kita yakin ia adalah milik kedua-dua mangsa," katanya kes disiasat sebagai mati mengejut. - Siakapkeli.my


sumber : sk

Beri Kad Minyak Kepada Rakyat, Subsidi 500 liter sebulan - Noh Omar

Posted By: readnext - 14:29:00



SHAH ALAM – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan untuk mengembalikan subsidi RON95 dan diesel yang dihapuskan pada 1 Disember lalu dengan memperkenalkan kad minyak seperti yang digunakan oleh pegawai kerajaan.


Menurut beliau, kaedah itu akan menjadikan agihan subsidi minyak lebih adil kerana ia hanya diberikan kepada rakyat negara ini.

“Saya berpandangan kita boleh terus beri subsidi minyak tetapi mestilah subsidi bersasar. Tidak boleh subsidi seperti sebelum ini. Contohnya, seorang rakyat berhak mendapat subsidi minyak 500 liter sebulan.

“Semua rakyat akan dapat jumlah minyak bersubsidi yang sama. Apabila lebih daripada 500 liter itu, pengguna nak beli yang ke 501 liter, kena beli mengikut harga pasaran. Bukan harga subsidi,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Mengulas lanjut kaedah itu, Noh Omar berkata setiap rakyat di negara ini hanya layak mendapat sekeping kad walaupun mempunyai lebih dari satu kenderaan.

“Seperti yang berlaku pada kenderaan kerajaan di mana kad minyak itu yang mempunyai had. Contohnya sebulan hadnya hanya 500 liter. Apabila melebihi had itu, kad itu tidak boleh pakai lagi. Jadi, saya terfikir. Jika kita boleh laksanakan sistem itu untuk kenderaan-kenderaan kerajaan, kenapa tidak sistem itu diaplikasikan kepada semua rakyat Malaysia.

“Ini juga untuk pastikan subsidi itu tidak jatuh ke tangan warga asing atau pelancong asing. Jadi, mana-mana pemilik kenderaan yang tidak mempunyai kad minyak itu, perlu membeli dengan harga pasaran,” katanya - Siakapkeli.my


sumber : sk

(Video) Cahaya Misteri 'Menari Dan Berlari' Di Atas Awan Berjaya Dirakam

Posted By: readnext - 13:13:00




Seorang penduduk Greenwood, Indiana, Amerika Syarikat telah berjaya merekam video cahaya misteri yang bergerak seolah-olah menari dan melompat di atas awan.
Rakaman video berkenaan menjadi viral di negara tersebut di mana ramai penduduk tempatan beranggapan ia adalah kapal makhluk asing.

Cahaya tersebut yang dirakam dalam video yang berdurasi 2:27 minit menunjukkan ia cahaya itu sedang bergerak-gerak, melompat, hilang dan muncul kembali seolah-olah sedang dikawal oleh sesuatu.




Bagaimanapun menurut saintis mereka tidak menolak kemungkinan cahaya tersebut adalah halo (Sundog) yang terjadi apabila cahaya matahari terbias terkena kristal ais di atmosfera.

Selain itu, pihak NASA juga tidak menolak kemungkinan fenomena ini adalah Sundog dan ia melompat-lompat kerana perubahan medan elektrik di atas awan selepas terkena kristal air di udara.


Kerana tindakbalas itu menyebabkan kristal geometri bergerak dalam orentasi baru menghasilkan pembiasa cahaya matahari berbeza.

'Tidak lama selepas itu, medan elektik kembali seperti normal membuatkan pergerakan cahaya tersebut berhenti disebabkan kristal ais telah kembali kepada orientasi asal mereka, "tambah Nasa. - Siakapkeli.my


sumber : sk

Tauke Durian Bakal Belanja Orang Ramai Durian Percuma, Siapa Cepat Dia Dapat

Posted By: readnext - 06:03:00



ALOR SETAR: Kepada orang ramai dan penggemar-penggemar durian di kawasan utara tanah air jangan lepaskan peluang esok di mana akan di adakan  Festival Durian Percuma di mana anda boleh mengambil atau menjamu selera memakan durian secara percuma.


Festival yang pertama kali diadakan ini di jayakan oleh seorang pemilik kebun durian, Lee Shiong Lian,53, di mana penganjuran festival ini adalah untuk berkongsi dengan s mua pelanggan sambil membantu mempromosikan negeri Kedah.

"Saya mempunyai 200 batang pokok durian, juga buah-buahan lain termasuk rambutan serta manggis.

"Jenis durian di kebun saya ialah Musang King, Ang Heh (Udang Merah), Tangkai Panjang, D2,D24,D99,D604 dan macam-macam lagi," jelas Shiong Lian.

Shiong Lian memberitahu dia akan menyediakan 1,000 biji durian bermula 11 pagi hingga 4 petang di Rest City Restaurant, berdekatan dengan Putra Medical Centre, di Jalan Sekerat.


"Siapa cepat, dia dapat. Sempena bulan Ramadan, orang Muslim boleh membawa pulang, manakala bukan Muslim boleh makan terus di sini," jelasnya.

Selain itu, beliau juga ada menjual durian semasa festival tersebut di mana harganya sekitar hanya RM5 hingga RM20 per kilogram.

"Musang King dijual pada harga RM20 per kg, Ang Heh RM10,D2 (RM10) dan lain-lain RM5-RM6 per kg.

"Saya tidak apa-apa agenda yang menguntungkan. Cuma saya gembira berkongsi durian saya dengan orang awam dan kawan-kawan," jelasnya. - Siakapkeli.my (7 Julai 2015)

Kisah Sedih Warga Emas Jual "Soft Toys" Untuk Biayai Pelajaran Anak Dan Rawatan Kanser Yang Dihidapinya

Posted By: readnext - 05:48:00



Menjadi viral semalam di laman sosial semalam sebuah status yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook Sai Banu D kisah dia terjumpa dengan seorang warga emas yang menjual anak patung demi menyara keluarga.

Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku ketika dia berada di Uptown Damansara bersama dengan anak perempuannya. Kehadiran warga emas tersebut yang melalui kawasan tersebut di bawah panas terik sambil membawa anak patung untuk dijual telah menarik perhatian anak perempuan beliau.

"Mummy, lihat uncle itu, kesian dia. Dia sudah tua tetapi berjalan dibawah panas terik sambil membawa banyak anak patung. Boleh kita beli sesuatu daripadanya" kata anak perempuannya.

Beliau terus berpaling ke arah warga emas tersebut serta merta dan berkata "OK lets go and buy" katanya walaupun sebelum ini tidak pernah membeli 'soft toy' kepada anaknya itu.


Semasa mendekati warga emas tersebut, dia telah bertanyakan tentang pekerjaannya itu lalu warga emas tersebut menjawab bahawa dia sudah lama menjual anak patung dan hasil jualan itu beliau telah gunakan untuk membiayai pengajian anaknya yang kini menyambung pengajian pada tahap A-level di HELP College

Apa yang lebih memilukan duit hasil jualan anak patung yang tidak seberapa itu juga digunakan oleh beliau untuk menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit kanser yang dihidapinya.

Hati manakah tidak tersentuh apabila mendengar cerita warga emas penjual anak patung ini yang hidup susah dan bebanan yang ditanggungnya amatlah berat.

Anak patung yang dibeli oleh beliau berharga RM10-12

"Saya mencari wang dengan cara yang betul dan sebab itu tuhan menghantar orang yang baik seperti anak awak untuk membeli anak patung daripada saya," kata warga emas tersebut kepada wanita itu.

Semenjak status itu dimuatnaik di laman Facebook oleh Sai Banu D, rata-rata netizens melahirkan rasa prihatin dengan warga emas berkenaan. Kebanyakkan mereka ingin membantu warga emas berkenaan dengan meminta nombor akaun tetapi tidak ada.

Kepada anda pembaca, jika berjumpa lelaki seperti di dalam gambar ini menjual anak patung sekitar Uptown Damansara bantulah dia dengan membeli anak patung berkenaan. Bulan yang mulia ini setiap amalan kita lakukan balasannya berlipat kali ganda. - Siakapkeli.my

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.