Rahman Dahlan Tampil Dedahkan Siapa Jimmy Yang Sebenarnya

Posted By: readnext - 18:18:00

Share

& Comment




Sebelum ini ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyiarkan gambar di laman sosial menyebabkan ada seorang anggota bomba telah dikutuk kerana makan nasi bungkus ketika gerakan menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu kononnya dia tidak buat kerja.


Untuk menepis dakwaan tersebut Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Dato' Abdul Rahman Dahlan yang memberitahu bahawa pegawai bomba yang gambar tersebar tersebut telah difitnah,

"Nama lelaki ini Jimmy. Beliau merupakan pegawai bomba yang bertugas di balai bomba Ranau. Sebelum ini Jimmy telah dihina, dicerca dan dimaki dalam media sosial ekoran gambar beliau sedang duduk menikmati makanan nasi bungkus semasa gerakan mencari dan menyelamat selepas gempa bumi di gunung Kinabalu." katanya,

Beliau yang juga merupakan MP Kota Belud, memberitahu kepada pengguna laman sosial bahawa Jimmy adalah orang yang paling tiba awal ditempat kejadian semasa kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini di Sabah.

"Dalam keadaan beliau  tidak tidur selama 48 jam demi menjalankan tugas di tempat kejadian tersebut, gambar beliau mengisi perut dengan nasi bungkus pun menjadi bahan kutukan mereka yang cukup tidak bertanggungjawab," tambahnya lagi.

SK harap kepada pengguna laman sosila berfikir dua kali dahulu sebelum menyebarkan sesuatu yang tidak pasti terutamanya melibatkan maruah seseorang.


Mungkin sekarang kita siarkan aib orang, mana tahu nanti aib kita pula terbuka. - Siakapkeli.my

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.