Isu ZIZAN RAZAK DIGAM ASTRO – Pihak ASTRO Tampil Beri Penjelasan

Posted By: readnext - 12:19:00

Share

& Comment




Ketiadaan wajah Zizan Razak dalam program-program khas sepanjang bulan Ramadan di saluran Astro bukan beerti pelawak itu digam stesen televisyen berkenaan seperti yang diperkatakan beberapa pihak.

Zizan RazakNaib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, Zizan mempunyai jadual kerja yang padat dan pihaknya tidak pernah menamatkan kontrak Zizan sebagai artis eksklusif Astro.


“Zizan masih lagi artis Astro dan pihak kami tidak pernah merehatkannya mahupun menghentikan kontrak seperti yang diperkatakan. 

“Walaupun dia tidak terlibat dengan program-program khas Ramadan, tetapi dia lebih ditumpukan ke arah projek-projek untuk Hari Raya,” katanya.

Difahamkan stesen televisyen Astro telah merehatkan Zizan daripada muncul dalam mana-mana program stesen televisyen berkenaan buat sementara waktu akibat kontroversi yang melanda pelawak itu.


Dalam pada itu tambah Khairul, pihaknya tidak akan menghentikan kontrak Zizan hanya kerana kontroversi yang timbul memandangkan pelawak itu mempunyai bakat besar selain memiliki disiplin yang tinggi ketika bekerja.

sumber : sensasimalaysia

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.