SEORANG wanita mengejutkan warga setempat apabila dilihat menghayunkan mayat anak kandungnya yang berusia tiga tahun di buaian taman permainan di Maryland, Amerika Syarikat, Jumaat lalu.
Menurut jurucakap pihak berkuasa, sehingga kini, tiada kesan kecederaan mahupun trauma pada tubuh kanak-kanak tersebut dan punca kematiannya masih disiasat.
Sumber turut berkata, siasatan kini sedang menyingkap rutin seharian yang dijalani si ibu muda itu dalam lingkungan masa beberapa hari lalu bagi mencari faktor kematian anaknya.
Dalam kejadian menghayat hati itu, pihak berkuasa bergegas ke Taman Rekreasi La Plata kira-kira jam 7 pagi setelah menerima panggilan dari orang awam.
Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis mengeluarkan tubuh kanak-kanak terbabit dari buaian sebelum memberikan bantuan, namun mengesahkan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.
Si ibu kemudiannya dibawa ke sebuah hospital bagi ujian kesihatan, sementara autopsi akan dijalankan bagi mencari punca kematian kanak-kanak tersebut.
“Ia merupakan situasi yang menyedihkan dan tragik untuk si ibu, keluarga dan anggota polis. Kita semua ingin tahu punca kejadian tersebut. Kami bekerja keras untuk itu.”
sumber : mynewshub
0 comments:
Post a Comment