Ekoran dikatakan sebagai pelawak kasanova yang melakukan kerja tidak senonoh dengan peminat wanita, khabarnya nama Zizan Razak sudah dibekukan oleh pihak Astro buat sementara waktu. Berita ini disokong kuat apabila Zizan kini jarang muncul didalam program terbitan syarikat televisyen swasta tersebut.
Walaupun sudah berkali-kali menafikan dirinya sebagai pelawak kontroversi tesebut, orang ramai masih lagi menanggap beliau lah pelawak yang dimaksudkan kerana dalam kenyataan terbaru Zizan mengakui ada berkunjung ke pusat karaoke di negara seberang.
"Saya mengaku pergi ke pusat karaoke itu tetapi demi Allah tiada pelacur di sana."
Buat masa ini, Zizan masih belum tampil memberikan sebarang komen mengenai isu beliau dibekukan oleh pihak Astro. Banyak persoalan yang bermain di minda peminat dan media yang ingin mengetahui siapakah pelawak kasanova tersebut agar ia tidak lagi menjadi teka-teki. Adalah lebih baik jika dapat mendedahkan individu itu supaya beliau serik dan tahu langit itu tinggi atau rendah.
Sumber Berita: Utusan Online
0 comments:
Post a Comment