Sebuah klip video yang memaparkan gelagat peniaga bazar Ramadan mengasari dua lelaki warga asing menjadi viral di laman sosial.
Dalam klip video hampir satu minit tersebut menunjukkan salah seorang peniaga itu sedang menjerit-jerit kepada kedua-dua warga asing yang cuba mendekatinya manakala rakan peniaga tersebut pula cuba untuk menenangkannya.
Menurut keterangan video dalam laman Media Hub difahamkan bahawa, kedua-dua lelaki warga asing itu mahu menggerakkan kereta mereka yang diletakkan di kawasan bazar tersebut.
Klip video tersebut disiarkan Media Hub melalui laman Facebook mereka malam tadi dan menerima sejumlah 617 ‘like’ dan dikongsi sebanyak 867 kali.
Salah seorang pengikut laman tersebut, Imi Qaf memberikan komen bahawa, beliau berasa malu dengan tindakan peniaga tersebut.
“Orang Melayu buat perangai macam itu, nanti Mat Saleh cerita dekat orang dia bahawa orang Melayu kurang ajar, siapa yang malu, aku jugak yang malu,” katanya.
Menurut pengguna Facebook, Jamal Pawanteh berkata, “berniaga memang suatu ibadat tetapi berniaga macam samseng dan kurang ajar bukan ibadat ya. Nampak sangat para peniaga ini pun jenis yang tak puasa.”
Tambah, Sham Nazri berkata, beliau tidak bersetuju dengan komen Jamal kerana katanya, “bukan persoalan puasa ke tidak tapi itu sudah jadi sifat yang ada pada dirinya.”
P/s: Nampak foreigner tu macam xde berkasar atau keluarkan kata-kata kesat. Apa yg membuatkan peniaga tersebut naik angin mungkin kerana perlu mengalihkan barang di tapak bazarnya atau sebab lain yg kita tak tahu melalui video ini. Ape pun persepsi negatif mungkin diberikan terhadap negara dan agama kita berikutan kejadian seperti ini.
MOSCOW – Kerajaan Rusia akhirnya meragui bahawa Amerika Syarikat (AS) merupakan negara pertama mendarat di atas bulan dan mendesak agar siasatan dapat dijalankan bagi mengetahui apakah yang berlaku.
Jurucakap kerajaan Rusia, Vladimir Markin berkata, pihaknya mahu inkuiri dijalankan selepas video pada 1969 yang dibawa pulang ke bumi, dilaporkan telah hilang secara misteri.
Video rakaman itu dipercayai telah dipadamkan secara tidak sengaja oleh agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan AS (NASA) pada 1980-an lalu.
“Inkuiri itu penting untuk melihat sejarah perjalanan ke angkasa lepas,” kata Markin dalam akhbar Rusia.
Kenyataan Markin itu jelas meragui mengenai pendaratan ke bulan. Ia juga dibuat selepas NASA mengakui bahawa video berkenaan tidak lagi wujud sebaliknya telah dipadamkan secara tidak sengaja.
“Semua proses saintifik, atau mungkin kebudaraan merupakan sebahagian daripada peradaban manusia dan kehilangannya tanpa dapat dikesan merupakan satu kehilangan besar.
“Hanya siasatan dapat mendedahkan apa yang sebenarnya terjadi,” katanya.
Video yang berdurasi 10 saat itu menunjukkan cucunya, Meera Alyanna Mukhriz bersama datuknya, Tun M yang kelihatan cuba membuat mimik muka “Super Cute” ketika bersama.
Memang melucukan, siapa sangka beliau dulunya seorang Perdana Menteri yang tegas dan lantang dalam pemerintahannya mempunyai sifat humor seperti ini.
Apapun kami mendoakan semoga Tun Mahathir sentiasa sihat dan kepimpinanmu Ayahanda Tun Mahathir bakal dijadikan contoh buat genarasi-generasi baru akan datang.
Pernah tak korang dengar lagu hasil ciptaan M. Nasir iaitu ‘Tanya Sama Itu Hud - Hud’. Lagu yang senang melekat di halwa telinga ini sebenarnya mempunyai lirik yang tersirat serta bermakna. Mari kita rungkaikan maksud lagu tersebut satu persatu.
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.
Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"
Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
Yang ni, kena baca kisah Musyawarah Burung. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.
Seramai 163,007 orang penjawat awam yang belum pernah membuat bayaran dan tidak konsisten dalam melunaskan hutang PTPTN bakal menerima surat pemotongan gaji dalam masa terdekat.
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, surat pemotongan gaji itu akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menurut beliau juga, mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred(tidak termasuk Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang belum pernah membuat bayaran adalah seramai 32,803 orang.
"Penjawat awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-sekala (tidak konsisten) adalah sebanyak 130,204 orang," katanya memetik laporan dari Bernama.
Sebelum ini, Ali pernah berkata langkah memotong gaji mandatori penjawat awam yang liat membayar hutang PTPTN adalah jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah tersebut - Siakapkeli.my
Bagaimanapun ada pula yang beranggapan sebaliknya iaitu sekiranya terdengar azan, haruslah memuntahkan sisa makanan di dalam mulut kerana jika tidak, terbatallah puasa.
Bagi mendapatkan pencerahan yang lebih jelas, jom lihat adegan sewaktu Shuib dan Remy Ishak sedang bersahur di dalam drama Mail Dan Sudin Sambut Ramadan.
Aksi lucu Remy Ishak yang menunggu ‘jawapan’ daripada Ustaz Kazim membuatkan kami tertawa melihatnya.
Apa-apa pun, paling afdal ialah berhenti makan setelah masuk waktu imsak iaitu kira-kira 10 minit sebelum waktu Subuh, jadi sewaktu itu bolehlah bersiap-sedia dengan memberus gigi dan berkumur sebelum menunaikan solat.
Entah mengapa, secara tiba-tiba luahan seorang lelaki yang mendedahkan dirinya sebagai anak Mohd Affandi (suami Mona Fandey) hangat diperkatakan di media sosial.
Menurut sumber tertentu, luahan menyayat hati lelaki ini sebenarnya pernah disiarkan di akhbar Harian Metro pada tahun 2010.
Namun, ia kembali menjadi viral di media sosial untuk menyedarkan masyarakat Malaysia tentang keperitan yang dialami insan yang mempunyai hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey.
Ikuti kisah anak tiri Mona Fandey yang tidak didedahkan identitinya ini…
SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi, tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorang Islam, saya terima takdir saya.
Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh… penjahat?
Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat, tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu.
Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey. Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya.
Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya, mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan.
Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan, tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi.
Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey.
Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan. Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya.
Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalah daya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.
Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada umum. Saya bukan ingin mencari publisiti. Malah, saya bersedia menghadapi ‘serangan’ keluarga kerana yakin saudara-mara yang membaca kisah ini akan marahkan saya.
Bagaimanapun, saya cuma mahu keadilan. Saya mahu masyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidak terus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri.
Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini. Bayangkan kerana wajah saya mirip ayah, saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yang saya anak Mohd Affandi.
Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa nama ayah, tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah (Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalam kandungan.
Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga saya berusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya dan memberitahu yang ayah saya masih hidup. Ketika itu pun saya hanya melihat wajah arwah di televisyen kerana didakwa atas tuduhan membunuh.
Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah, saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa Mohd Affandi itu ayah saya. Biasalah sebagai kanak-kanak, kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya.
Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang paling saya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dan sindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya.
Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar dan terima ialah “engkau nak jadi macam bapa engkau. Bapa engkau pembunuh.” Kata-kata itu menyebabkan saya menjadi ‘panas hati’ dan selalu bergaduh.
Sebab itu saya belajar taekawondo ketika berusia 12 tahun. Saya menjadikan gelanggang taekwondo sebagai tempat melepaskan geram dan perasaan marah hingga memperoleh tali pinggang hitam.
Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di Penjara Kajang ketika berusia 16 tahun. Bukan seperti kanak-kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih sayang ayah mereka, bayangkan saya berjumpa ayah kandung buat kali pertama di penjara.
Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan dengan waris dan mengangkat telefon, ayah memanggil nama saya. Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah berjumpa, ayah mengenali saya.
Pada pertemuan itu, ayah hanya bertanya khabar dan perkembangan saya. Pesanan ayah saya ingat hingga ke hari ini iaitu supaya jangan setakat belajar taekwondo, belajar juga silat.
Selepas itu, saya sering mengutus surat kepada ayah dan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerima berita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2 November 2001). Sebenarnya keluarga saya mengetahui tarikh hukuman itu seminggu lebih awal, tetapi merahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya pada hari terakhir.
Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001. Seingat saya, kami bertolak menaiki empat kenderaan. Sejurus tiba pada hari sama, ayah mahu berjumpa saya bersendirian manakala yang lain tidak dibenarkan masuk.
Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah. Itu kali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kami dipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbual menerusi telefon.
Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerima takdirnya.
Saya difahamkan oleh petugas penjara, ayah berpuasa selama tiga tahun secara berterusan sehingga hari kematiannya.
Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf di atas apa yang berlaku. Saya tidak berhak memberi pandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah SWT.
Yang pasti, ayah sudah menerima balasannya. Yang menghairankan ialah, mengapa masyarakat masih menghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenai kejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku.
Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat Mohd Affandi). Abang saya berusia 27 tahun adalah anak hasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan saya, Mazdiana, kini 18 tahun, adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona.
Setiap kami mempunyai pengalaman sedih. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak ayah, saya seorang yang berjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari pengebumian ayah.
Sejak itu hidup saya berubah. Saya tidak tahu bila derita saya akan berakhir, tetapi saya tidak berhenti berdoa.
Kepada masyarakat yang membaca kisah saya, saya hanya berharap mereka faham, saya juga ciptaan Allah yang ingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan.
(Sedikit latar belakang kejadian untuk tatapan generasi muda:
Pada tahun 1993, negara ini telah digemparkan dengan satu kes pembunuhan membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri di Pahang yakni Datuk Mazlan Idris.
Beliau dibunuh pada 13 Julai 1993 di sebuah rumah Kampung Peruas Ulu Dong, Raub. Pembunuhan itu amat ngeri di mana jasad Allahyarham telah dikerat-kerat 18 dan ditanam di sebuah rumah kosong di kampong berkenaan.
Setelah disiasat, 3 orang telah ditahan iaitu Mona Fendi, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hussin. Kesemua mereka telah dibicarakan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995 dah dihukum gantung pada tahun 2001.)
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat masyarakat di luar sana agar tidak menghukum insan yang tidak bersalah.
NAMPAKNYA, peraturan dan undang-undang dalam penggunaan nombar plat kenderaan sudah semakin pelik di Malaysia.
Mana taknya, seorang pemandu ini telah diberikan saman daripada pihak trafik disebabkan nombor plat pendaftaran kenderaannya mempunyai sticker pelekat.
KUALA LUMPUR: Tanda tanya ke mana perginya kapsul masa yang ditanam oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed di bangunan The Mall Kuala Lumpur pada tahun 1987 mula tersebar.
Pada 12 Jun 1987, sewaktu merasmikan bangunan pusat membeli-belah tersebut, beliau telah menanam sebuah kapsul masa yang dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2087, yakni 100 tahun akan datang.
Kapsul itu memuatkan coretan serta pesanan mantan perdana menteri itu buat generasi akan datang.
Namun, pusat beli-belah itu tidak bertahan selama yang diharapkan. Selepas 26 tahun beroperasi, The Mall berpindah milik kepada kumpulan syarikat Sunway Berhad berkuat kuasa 1 Mei 2013.
Kerja-kerja menaik taraf bangunan mula dijalankan sejurus termeterai perpindahan milik tersebut.
Pada 28 Mei 2015, Sunway Putra Mall mula diperkenalkan kepada orang ramai.
Hampir tiga dekad berlalu, mungkin ramai yang sudah melupakan kapsul masa tersebut serta persoalan apakah mesej yang terkandung di dalamnya.
Menurut jurucakap pengurusan Sunway Putra Mall, kapsul itu kini selamat tersimpan di pejabat Pengurus Besar bangunan tersebut, lapor portal Berita Daily.
“Kami sedar ia adalah sebahagian daripada sejarah The Mall selain kini bergelar barangan bersejarah. Banyak pihak termasuklah diri saya masih teruja semasa ia mula-mula ditanam dahulu. Pihak kami akan menjaga dan terus memelihara kapsul itu,” ujar jurucakap kumpulan berkenaan.
Daripada perspektif undang-undang dan teknikal, kapsul masa itu kini menjadi hak milik Sunway Putra Mall.
Jurucakap itu turut menambah, pengurusan Sunway Putra Mall tidak mempunyai perancangan untuk mendedahkan kapsul masa itu mahupun kandungannya kepada awam buat masa ini.
Namun begitu, pihak pengurusan memberi jaminan bahawa mesej Tun Mahathir akan tetap disampaikan kepada generasi akan datang menjelang tahun 2087.
Permintaan portal berita itu untuk merakamkan gambar kapsul masa tersebut dan mengetahui lokasinya turut ditolak pihak pengurusan.
Khabarnya terdapat tiga kapsul masa yang ditanam para pemimpin negara 28 tahun dahulu. Selain kapsul masa Tun Mahathir, dua yang lainnya dimuatkan mesej oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (pada ketika itu Menteri Pendidikan Malaysia) dan Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan).
Kedua-duanya ditanam sekitar Bursa Malaysia.
Mahathir juga telah menanam satu lagi kapsul masa di dasar Monumen Millenium di Putrajaya semasa menjawat jawatan Perdana Menteri.
Mesej di dalam kapsul masa itu akan didedahkan kepada umum pada tahun 2020.
Bila tiba bulan puasa, kita akan berhadapan dengan pelbagai dugaan. Ada dugaan kecil (macam nampak budak kecik minum air tebu ais ikat tepi) dan juga dugaan besar (macam nampak betis janda).
Apa yang paling menarik, kadang-kala kita turut sama buat perkara yang buat orang lain menyampah. Dan jangan lupa, anda diuji dengan status Facebook, perangai rakan yang mintak makan kaki dan macam-macam lagi.
Hasil penulisan sepenuhnya yang dipetik dari sebuah portal Vitdaily, di bawah adalah beberapa perkara yang pasti terjadi tatkala menjelangnya bulan Ramadhan.
Sekadar gambar hiasan
1. Update Lokasi Berbuka Puasa Sambil Merendah Diri
“Hari ini berbuka puasa di Victoria Station je, Alhamdulillah” #Syukur #FirstDayPuasa #Humble
2. Pengejar Pahala #FollowersPerluTahu
“Alhamdulillah, walaupun tumit rasa macam nak tercabut tapi masih diberi peluang tarawih sebanyak 21 rakaat. Jika tidak keberatan saya akan update status sebelum tahajud nanti, Insya-Allah”
3. Mencari Loophole Untuk Melengahkan Bersahur
“Lain kali kalau kita terbangun pagi, jangan tengok jam terus, nanti kita boleh minum air. Kalau tersedar dah masuk Subuh memang tak boleh minum apa-apa dah. Tekak kering, bro”
4. Menggunakan Wajah Rakan Persis Kaum Lain Untuk Beli McD
“Eh, kau suruh si Latif tu beli McChicken, muka dia macam Cina. Muka aku pure Melayu. Pergi beli, kita makan kat rooftop” (Ini baru semangat 1Malaysia. Wee hooo!)
5. Ustaz di Facebook
Yang ini kami tidak berani usik lebih sebab biasanya kami sentiasa kalah kalau berdebat. Jangan marah, ya.
6. Kebanjiran Gambar Juadah berbuka di Instagram
Ini memang tidak dapat elak. Kami pun hanya mampu telan air liur. Ada gambar siput sedut masak lemak, kambing golek. Aduh, sedap! Erm, Vitdaily buat sebegitu tidak mengapa,kan?
7. Rakan Serumah Yang Berpuasa Mengikut Waktu Oversea
Ketika kita bangun pagi sebelum pergi kerja di bulan Ramadhan, tiba-tiba bau sardin padu digoreng bersama telur dadar. Kemudian bau nasi ditanak pula menusuk hidung. Inilah rakan-rakan kita yang berpuasa mengikut waktu oversea. Kami hampir terjerumus mengikut jemaah mereka ini saban tahun. Hampir.
8. Jenaka dan Harapan Hambar Ramadhan
“Untungnya kalau bersahur di Semenanjung lepas itu berbuka di Sabah atau Sarawak” – kita semua ada kawan macam ini.
“Eh, tak boleh sentuh-sentuh ini, batal puasa” – Melodi
“Mak, adik tak tahan sakit perut sangat. Tak nak berak, nanti batal puasa” – Adik, seorang kanak-kanak belum mummayiz.
“Tahun ini aku tak nak tinggalkan terawih” – Ini anda dan harapan anda setiap tahun. Kalau cukup, kami tabik satu kali.
9. Penunggu Moreh
Golongan ini biasanya adalah kanak-kanak yang bising lebih tapi tak sembahyang terawih pun. Sekali dia tibai moreh, terkebil mata pakcik-pakcik. Well, kami juga dulu penunggu moreh (Anda pun mengaku saja lah).
10. Pakcik Kecewa
Tahukah anda, bagi perokok, waktu paling nikmat merokok ialah selepas makan. Jika di bulan puasa, lepas berbuka dan selesai terawih pasti ada pak cik akan merokok berjemaah pula di luar masjid. Tapi kadang-kala ada pak cik yang kecewa sebab rokok Gudang Garam atau Semporna mereka dirembat budak-budak. Siapa suruh letak celah-celah ukiran Islamik di masjid.
SEORANG budak lelaki ini terima padah apabila cuba mengenakan ‘prank‘ kepada seorang pemandu bas di Brazil.
Mungkin mahu tunjuk hebat depan rakan-rakannya, dia yang memberhentikan bas itu kononnya ingin menaiki bas tersebut tetapi hanya ingin mengikat tali kasutnya di situ.
Pemandu bas yang jauh lebih bijak itu mungkin sudah menghidu perancangan ‘jahat’ budak itu lalu menutup pintu bas dengan segera.
Terlalu mentah untuk mengenakan orang lain, budak lelaki itu akhirnya diketawakan rakan-rakan yang merakam aksinya itu, jom tengok apa yang berlaku kepadanya.
Melalui rakaman, kelihatan suspek menggunakan taktik ‘sorok barang celah kangkang’ dengan menggumpal pakaian sebelum menyelak dan menyumbatnya di dalam baju yang dipakai.
Sejurus selepas itu, suspek beredar dan di kedudukan yang sama, seorang lagi rakannya melakukan perbuatan yang serupa, serentak dengan seorang lagi yang lain.
Tiga daripada mereka kemudiannya beredar keluar dari premis berkenaan.
Sementara itu dari sebuah rakaman di kedai yang sama, seorang wanita dilihat membuka kotak dan kemudian mengepitnya di celah kelangkang. Ia dilakukan berdepan dengan CCTV dan suspek kelihatan ditemani seorang lelaki dan anak kecil.
Keempat-empat makcik geng “kangkang” ini akhirnya kelihatan bersatu untuk kembali mencuri di kedai sama.
Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Salah seorang mereka “kantoi” apabila barang yang disembunyikan di celah kelangkang terjatuh di hadapan salah seorang pekerja yang segera menjerit hingga menarik perhatian orang lain.
Suspek bagaimanapun dengan selamba cabut lari diikuti teman-teman sejenayahnya yang berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Pos Malaysia nafi isu viral mengenai servis Pos Laju di Facebook. Sejak dua menjak ini, hangat isu mengenai bungkusan Pos Laju dibuka dan isi kandungannya rosak. Ia menjadi antara isu hangat yang viral di media sosial online terutama di Facebook, selain di blog dan juga forum. Ramai pelanggan menyatakan kehampaan atas apa yang berlaku, terutama sekali dari mereka yang merupakan usahawan dan peniaga online.
Baru-baru ini kecoh mengenai banyak bungkusan yang dihantar menerusi Pos Laju telah dibuka dan rosak. Bukan hanya bungkusan sahaja rosak, malah ada yang berkongsi gambar memaparkan barangan yang dibungkus juga rosak dan pecah. Ianya dipercayai gara-gara operasi yang dilakukan secara bersepadu oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Kastam Diraja, PDRM dan juga SKMM.
Operasi yang dinamakan Operation PANGEA VIII itu didedahkan menerusi satu surat yang telah difaks ke salah satu pihak yang terbabit secara tidak langsung di dalam operasi berkenaan. Menurut surat yang juga menjadi viral di laman sosial, operasi berkenaan adalah merupakan operasi untuk membanteras aktiviti penjualan ubat-ubatan tidak didaftarkan dengan KKM dan juga ubat-ubatan tiruan (counterfeit) yang dijual secara online.
Menurut surat itu juga, operasi tersebut adalah merupakan operasi yang dianjurkan oleh pihak Interpol dan juga World Customs Organization. Ia dijalankan bermula 9 hingga 16 Jun 2015, dan melibatkan negeri-negeri Pulau Pinang, Johor, Selangor dan khususnya KLIA.
Operasi KKM Tempiasnya Pos Malaysia
Surat tersebut secara teknikalnya tidak menyatakan penglibatan pihak Pos Malaysia di dalam operasi ini, namun tempiasnya banyak menyalahkan Pos Malaysia atas apa yang berlaku.
Pihak Pos Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman facebook rasmi Pos Malaysia yang menafikan terdapat isu mengenai servis Pos Laju baru-baru ini. Malah, menerusi kenyataan tersebut, tiada sebarang pemeriksaan barangan dan item pelanggan yang dipos dibuka dan rosak akibat daripada operasi yang dikatakan dilakukan seperti dinyatakan di dalam surat tersebut.
Pos Malaysia Nafi Isu Viral Mengenai Servis Pos Laju di Facebook
Seperti orang lain, saya juga tertanya-tanya bagaimanakah isu ini boleh menjadi begitu hangat diperkatakan, apatah lagi setelah SKMM mula menasihati peniaga dan usahawan online untuk mendaftarkan perniagaan dengan Suruhan Syarikat Malaysia (SSM) sebagai salah satu langkah untuk memastikan apa yang diniagakan itu dilindungi dan dikawal menerusi undang-undang sedia ada. Saya pernah menulis mengenainya menerusi entri Peniaga Online Wajib Daftar SSM
Sebenarnya isu barangan rosak, bungkusan dibuka dan dikoyakkan bukanlah perkara baru. Ia sebenarnya telah lama berlaku, cuma teknologi dan keprihatinan rakyat di zaman ini yang menjadikan ia menjadi isu yang hangat diperkatakan, apatah lagi apabila ia dibangkitkan oleh mereka yang mempunyai jumlah follower yang ramai di facebook!
Bisnes online yang tumbuh bak cendawan sedikit sebanyak terimpak dengan apa yang berlaku. Peniaga dan usahawan yang terlibat dalam perniagaan jenis dropship paling terkesan. Saya pernah mengatakan bahawa antara bisnes yang boleh buat duit online paling best ialah Dropship sepertimana dalam posting 4 Cara Dapat Duit Online 2015. Ia merupakan antara bisnes yang berisiko rendah dan paling minima modal permulaan; malah ada perniagaan Dropship tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal sesen pun.
Secara peribadinya, saya menyokong operasi banteras ubat-ubatan tidak berdaftar KKM dan ubat tiruan itu. Apatah lagi memang terdapat kecenderungan rakyat Malaysia untuk kelihatan cantik dan sihat dengan menggunakan ubat-ubatan yang tidak berdaftar dan tiruan - yang selalunya lebih murah daripada harga pasaran produk original sebenar.
Tentu anda pernah baca mengenai kisah seorang bekas model dan bekas duta sebuah produk barangan kecantikan kesihatan yang terkesan sehingga menyebabkan beliau kehilangan ovari. Ia dikaitkan dengan produk supplement yang diambil, dan ramai percaya bahawa ia berkaitan dengan produk-produk kesihatan yang tidak original atau dengan kata lain - produk tiruan.
Ok. Di sebalik penafian Pos Malaysia ini, mari singkap beberapa masalah pengguna Pos Laju terutama berkaitan dengan bungkusan yang telah rosak atau dibuka - samada ia ada kaitan atau tidak dengan isu viral servis Pos Laju di facebook baru-baru ini, ia merupakan antara isu besar lama yang sepatutnya telah pun dapat diselesaikan oleh pihak Pos Malaysia. Jika tidak, selamanya Pos Malaysia serta Pos Laju akan dianggap sebagai bahan melepaskan geram walhal culprit sebenar adalah orang lain .. :).
Itu antara banyak lagi rungutan dan aduan yang telah dihantar menerusi AskPos. Ada banyak lagi aduan telah ditinggalkan menerusi laman perkhidmatan pelanggan Pos Malaysia di facebook ini. Bukan hanya aduan dan rungutan masalah, tetapi terdapat juga kata-kata pujian diberikan kepada Pos Malaysia.
Untuk sebarang masalah berkaitan Pos Malaysia dan juga Pos Laju, bolehlah berhubung menerusi talian khidmat pelanggan - 1 300 300 300 atau menerusi AskPos.
Maka amat menghairankan bagaimana seorang warga Israel diuar-uarkan akan memberi ceramah di Georgetown, Pulau Pinang pada semalam dan hari ini (15 dan 16 Jun 2015).
Lelaki dikenali sebagai Peter Tsukahira dilaporkan bakal memberi ceramah bertajuk “What Does Israel Have To Do With The End Time And How Can We Prepare?” di seminar bertajuk Thy Kingdom Come, Welcoming The New Jerusalem.
Peter Tsukahira yang merupakan kacukan Jepun-Amerika adalah anak seorang Diplomat Amerika yang kini menjadi warga Israel.
Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, diharapkan pihak berkuasa seperti Imegresen dan PDRM dapat memperjelaskan bagaimana seorang lelaki yang memiliki pasport Israel dan mempunyai tujuan bercakap tentang kehebatan Israel.. dibenarkan memasuki Malaysia.
Namun jika tidak benar, maka tiada isu di sini dan risalah itu mungkin sengaja disebarkan oleh pihak tak bertanggung jawab. (Jangan lupa saksikan video di bawah).