RESEPI OREO SLICE CAKE

Posted By: readnext - 18:42:00

Share

& Comment

RESEPI OREO SLICE CAKE


Untuk resepi slice kek ni kita perlukan 2 keping kek span coklat.

PENYEDIAAN KRIM COKLAT

3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Bukan Tenusu

Larutkan gelatin dan air
Cairkan coklat masakkan gelap
Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)
Masukkan gelatin dan putar lagi

Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya
Masukkan krim telur dan terus putar
Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata
Ketepikan

Dalam mixer bold lain putar Krim Putar Bukan tenusu hingga kental
Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
Masukkan krim di dalam piping bag.
Krim sudah tersedia untuk digunakan tanpa perlu di sejukkan.

Kaedah Penyediaan

2 keping kek span coklat
Krim coklat
Oreo di hancurkan atau di kisar kasar
Mini Oreo untuk hiasan
Sedikit air Nescafe ~ jika suka


  • Letakkan sekeping kek coklat atas lapik kek
  • Basahkan kek dengan sedikit air nescafe. Anda boleh masukkan air nescafe dalam sprai dan spray pada kek . Spray sedikit aje jangan sampai kek basah lencun pulak ya
  • kemudian ketakkan krim coklat di atasnya ratakan
  • Taburkan oreo yang telah di kisar
  • Ulang proses yang sama
  • Letakkan kek span coklat
  • Spray dengan Nescafe
  • Letakkan krim coklat
  • Akhir sekali letakkan Oreo hancur
  • Simpan dalam peti ais
  • Bila krim dah mengeras bolehlah di potong
  • Hiaskan kek dengan krim dan kepingan oreo untuk menambahkan lagi keindahan kek slice anda

Artikel Berkaitan : RESEPI BLACKBERRIES YOGURT MUFFIN

sumber : akuyangmasakkauyangpanas

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.