10 Makanan Malaysia Yang Buatkan Lelaki Jadi Penyayang Dan Setia!

Posted By: readnext - 12:32:00

Share

& Comment



Lelaki buncit itu penyayang dan setia. Dan ini 10 makanan tempatan yang boleh buat anda buncit. 

Mengikut Majalah Forbes, Malaysia berada di tempat ketiga sebagai negara yang mempunyai masakan paling sedap di dunia. Malaysia berada di belakang dua negara Asia Tenggara iaitu Singapura dan Thailand. Banyak masakan Malaysia memenangi pertandingan masakan antarabangsa, seperti Catherine Chin Wan Ping yang muncul juara Master Chef UK musim ke-10 dengan hidangan Nasi Lemak. Jika rakyat Malaysia pergi keluar negara sekalipun, mereka pasti akan mencari restoran yang menyajikan masakan Malaysia.

Hari ini dipetik dari portal The Vocket, kami ingin kongsikan, 10 makanan paling tidak sihat di Malaysia. Makanan ini adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Mungkin selepas anda baca artikel ini, anda akan tahu kenapa ramai rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti atau perut buncit.

Ukuran akan diberikan berdasarkan jumlah kandungan kalori setiap makanan. Untuk maklumat anda, kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga tetapi kalori yang diambil terlalu banyak akan menjadi lemak dan disimpan didalam badan. Secara tidak langsung, kalori ini sebenarnya yang membuatkan anda gemuk.
10. Satay = 185kalori (5 cucuk Satay)


Angka kalori diatas nampak kecil. Jadi apa yang perlu dibimbangkan? Untuk 10 cucuk Satay, anda telah mengambil 1/3 dari jumlah lemak yang dibenarkan setiap hari. Kebiasaannya anda juga akan memakan Satay bersama makanan lain seperti nasi impit, rendang ayam, lontong dan sebagainya. Jadi bayangkan berapa banyak kalori yang anda ambil apabila anda memakan Satay.

9. Cendol = 386kalori


Cendol adalah salah satu masakan asli Malaysia. Antara cendol pilihan TheVocket adalah cendol pulut Wahab Wangsa Maju. Tetapi tahukah anda, semangkuk cendol bersamaan 9 sudu gula. Cendol mengandungi kandungan Glycaemic Index (GI) yang tinggi yang memberi anda tenaga segara dan menyebabkan anda cepat lapar.

8. Bihun Goreng = 427kalori


Jika anda pergi ke rumah terbuka, masakan yang selalu anda jumpa adalah Bihun. Masakan ini paling senang disediakan oleh golongan pekerja seperti kami yang tidak punya banyak masa dan bajet. Satu hidangan yang diambil melebihi jumlah kolesterol untuk setiap individu iaitu 300mg dan mempunyai jumlah MSG yang tinggi yang menyebabkan dahaga. Jadi semasa anda memakan masakan ini, pastikan anda meminum air kosong.

7. Kek Karrot Goreng = 493kalori


Jika difikirkan, hidangan ini adalah menyihatkan kerana terdapat sayuran di dalamnya. Sebaliknya, terdapat banyak lemak (35g) kerana kebiasaannya masakan ini digoreng dengan minyak haiwan. Kandungan gulanya juga tinggi dari campuran kicap manis.

6. Mee Goreng = 500kalori


Ini antara makanan yang merbahaya kerana mempunyai jumlah garam melebihi kandungan yang ditetapkan untuk orang dewasa. Mungkin boleh menyebabkan anda mengalami hipertensi.

5. Laksa = 591kalori


Kandungan santan yang tinggi memberi rasa yang sangat enak dan berlemak. Tetapi santan ini mengandungi lemak tepu didalam yang boleh menyebabkan sakit jantung. Antara restoran laksa yang popular adalah terletak di Kedah. Lokasi Laksa pilihan TheVocket adalah Zakaria Laksa di Teluk Kechai, Kuala Kedah.

4. Nasi Ayam = 607kalori


Kandungan lemak didalam hidangan ini adalah 23g iaitu separuh dari kandungan lemak untuk keperluan individu, bergantung kepada jantina. Lemak didalam makanan mengambil masa sehingga 4 jam untuk dicernakan. Jadi selepas anda memakan nasi ayam, pastikan anda tidur selepas 4 jam anda memakannya untuk mengelakkan masalah perut buncit. Nasi ayam yang dicadangkan adalah Nasi Ayam Mesh Datuk Keramat.

3. Nasi Lemak = 657kalori


Antara restoren kegemaran krew TheVocket  menjamu nasi lemak adalah di Mali’s Corner Danau Kota. Selalunya kami akan pergi ke restoren ini pada lewat malam setelah penat berjalan-jalan di Downtown berdekatan. Hidangan ini pernah menjadi kontroversi dan diharamkan untuk dijual di kantin-kantin sekolah seluruh Malaysia. Selain menyebabkan kanak-kanak mengantuk di dalam bilik darjah, sebab utama adalah kerana kandungan santan di dalamnya yang menyumbang 25g lemak melebihi keperluan individu dewasa. Bayangkan jika kanak-kanak yang memakannya.

2. Mee Siam = 694kalori


Mee siam mengandungi jumlah karbohidrat dan sodium yang tinggi. Sodium untuk satu hidangan adalah 2659mg iaitu bersamaan 1 setengah hari kandungan yang ditetapkan. Lain kali jika anda memasak mee siam, pastikan anda kurangkan jumlah Aji-nomoto yang dicampurkan.

1. Char Kway Teow = 744kalori


Mengandungi 38g lemak – iaitu 70% lemak tepu dan kolesterol. Kebanyakkan kandungan kalori ini terdapat dari campuran kicap, daging dan udang. Ia juga mempunyai kandungan sodium yang banyak iaitu 1459mg. Antara restoran Char Khay Teow yang menjadi kegemaran adalah di Mali’s Corner Danau Kota. Untuk menu Char Kway Teow special, anda akan dapat 5 ekor udang. Cubalah datang sekali!

Kesimpulan

Obesiti dan berperut buncit merupakan satu kesalahan undang-undang di Negara Jepun, tetapi tidak di Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia perlulah beringat-ingat ketika menjamah makanan. Janganlah makan sehingga menjejaskan kesihatan sehingga menyebabkan obesiti dan perut buncit . Tiada guna anda mengambil Herbalife dan berulang alik ke gym jika anda tidak boleh mengawal dari makan makanan hingga melebihi kalori yang dibenarkan oleh setiap individu.
sumber : thevocket

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.