TINDAKAN seorang lelaki berjalan-jalan dalam keadaan bogel dalam kawasan kampus mengejutkan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Difahamkan, kehadiran lelaki berbogel yang seolah-olah kurang siuman itu disedari oleh pihak polis bantuan ketika sedang melakukan rondaan pagi tadi.
Menurut Facebook UKM Pride, lelaki bogel itu telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
Dalam pada itu, ramai pelajar yang meninggalkan aduan di ruangan komen Facebook meminta agar pihak universiti memperketatkan lagi kawalan keselamatan.
Diharap kesemua mahasiswa terutama siswi mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak berjalan berseorangan di tempat sunyi.
sumber : mynewshub
0 comments:
Post a Comment