Digelar Hantu - Amy Search Nasihatkan Pakar Motivasi

Posted By: readnext - 21:26:00

Share

& Comment



Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Bagaimana seorang pakar motivasi boleh mengeluarkan perkataan sedemikian rupa. Dengan menggelar Amy Search dengan panggilan hantu. Sepatutnya sebagai seorang pakar motivasi setiap perkataannya mengambarkan sesuatu idea yang bernas dan bijak supaya dapat menjadi ikutan

Pakar motivasi menerusi akaun Facebook beliau memuat naik status serta sekeping gambar poster penampilan kumpulan Search di Festival Belia Putrajaya.


Menurut pandangan pakar motivasi tersebut mengatakan "Setelah bertahun-tahun negara sambut Hari Belia Negara, belia-belia kita menjadi semakin teruk kerana hantu-hantu macam ni yang menjadi pengisinya"

Justeru itu Amy search selaku wakil kumpulan search dengan tenang dan tidak melatah dengan kritikkan yang diterima pakar motivasi tersebut. Amy search dengan nada tenang menasihatkan pakar motivasi yang dikatakan tidak mencerminkan pekerjaannya sebagai seorang pakar motivasi.


Kertas putih salju ku coretkan kedukaan kuHitam dn kelabu ada lah warna dlm hidup kuApa kah jika lagu2 yg ku syairkan itu dpt mengembira hati mereka dn di jadikan sebahgian perjlnan hidup mereka utk berjaya itu satu dosa? Jgn di hina belia2 itu kerna mereka itu sbahgian dri aku dn aku juga sebahgian dri mereka yg punya cita. Tutur kata seorng motivasi itu seharus nya indah lgi mulia. - Amy



Walaubagaimanapun, status Facebook pakar motivasi dengan kritikan kumpulan Search hantu itu telah ditarik balik.dan pakar motivasi memuatnaik status mengatakan akan bertemu dengan Amy Search dalam masa terdekat untuk memohon maaf secara peribadi atas ketelanjuran tulisan beliau..


sumber : oomedianetwork

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.