Orang Kelantan Marah, Akhbar Didakwa Suka Hina Negeri

Posted By: readnext - 10:32:00

Share

& Comment



SEBUAH akhbar tempatan menerima kecaman dan kritikan hebat di laman sosial gara-gara dilihat cuba memburuk-burukkan nama negeri Kelantan menerusi tajuk yang dipilih untuk sesebuah artikel termasuk kes pembunuhan di Cyberjaya, baru-baru ini.



Artikel bertajuk “Lelaki Kelantan diheret ke mahkamah” itu mencetuskan sensasi apabila ia dikatakan memberi gambaran seolah-olah lelaki Kelantan jahat dan sering melakukan aktiviti jenayah.


Keadaan tambah panas apabila beberapa lagi laporan lama yang juga disiarkan akhbar berkenaan dan dianggap berunsur ‘hinaan’ kepada rakyat Kelantan kembali dikongsikan hingga isu ini menjadi viral.

Antaranya laporan bertajuk “Penampar mahal lelaki Kelantan” dan “Lengan murid lebam dicubit Ustazah Kelantan”.



Berikutan itu, beberapa fan page Facebook yang mewakili anak Kelantan seperti Hanya Di Kelate, I Love Kelantan dan The Red Warriors Malaysia menggesa akhbar berkenaan membuat pemohonan maaf kepada rakyat negeri tersebut.

Sebenarnya, kebanyakan pengamal media sendiri sedia maklum bahawa sebarang perkara melibatkan bangsa, agama, mahupun negeri tidak sepatutnya disensasikan dalam laporan yang disiarkan.

Semoga isu sebegini membuka mata semua pengamal media dan menjadi pengajaran agar tiada lagi mana-mana pihak yang terguris hati.






sumber : mynewshub

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.