(Video) Pekerja Asing Jadi Hero Selamatkan Bayi Tersepit

Posted By: readnext - 16:03:00

Share

& Comment




SEORANG pekerja asing mendapat perhatian meluas di Internet selepas menjadi hero dengan menyelamatkan seorang bayi yang kepalanya tersepit pada pagar balkoni sebuah apartmen di Singapura.

Menurut laman alvinology.com, insiden penuh mendebarkan itu berlaku kira-kira pukul 1 petang di Blok 371, Jurong East Avenue 1.
Menerusi rakaman video yang tersebar,  seorang bayi dilihat dalam keadaan tergantung cuba melepaskan dirinya dalam keadaan posisi menakutkan.


Jeritan bayi yang menangis dan meraung kesakitan itu dikatakan mula-mula menarik perhatian seorang wanita yang segera berteriak meminta tolong.

Lebih sadis, semasa kejadian bayi malang itu dilaporkan ditinggal berseorangan di rumah tanpa pengawasan, sekaligus menyukarkan usaha menyelamat.
Sebelum itu dua lelaki dilaporkan terdengar jeritan wanita itu dan cuba membantu namun tidak berjaya.

Bagaimanapun, seorang pekerja asing bersama seorang lagi rakannya tiba-tiba muncul bak hero apabila bertindak memanjat bangunan itu seterusnya menyelamatkan bayi berkenaan.

Laporan terkini mengatakan lelaki tersebut bernama Shanmugam dan pihak keselamatan Singapura telah bersetuju untuk memberikan penghargaan kepadanya.
sumber : mynewshub

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.