(Video) 'Tersalah Lompat' : Pelajar UniMAP Maut Jatuh Bangunan

Posted By: readnext - 09:55:00

Share

& Comment

(Video) 'Tersalah Lompat' : Pelajar UniMAP Maut Jatuh Bangunan


Tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melompat di sebuah tembok berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat enam tempat letak kereta di City Plaza Alor Setar, Kedah, Ahad lalu.



Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhd Nur Hadi Bin Hamdan,18, mengalami cedera parah di kepala, telinga, dan hidung.

Mangsa sempat dikejarkan ke hospital Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) namun menghembuskan nafas terakhirnya akibat pendarahan teruk, malam kelmarin.





Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama ahli keluarganya baru sahaja pulang dari kedai buku di pusat beli belah tersebut.

Mohd Nur Hadi, kakaknya yang berusia 20 tahun serta adik lelakinya yang berusia 16 tahun kemudiannya meminta izin ibu bapa mereka ke tingkat enam bangunan itu untuk mengambil gambar.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat letak kereta menunjukkan mangsa cuba berpaut pada tembok terbabit sebelum terjatuh ke Tingkat Dua.

Rakaman CCTV tersebut kini mula tersebar di media sosial.

Al-Fatihah..

sumber : mynewshub

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.