Restoran-Restoran Unik & Pelik di Dunia

Posted By: readnext - 09:57:00

Share

& Comment

Restoran-Restoran Unik & Pelik di Dunia

Jom lihat antara restoran-restoran yang unik dan pelik di dunia

Hardwired Host


Restoran Hajime ini terletak di Bangkok dan dikendalikan robot. Pemilik restoran ini, Lapassarad Thanaphant (foto) meletakkan harapan tinggi terhadap restoran yg dikendali robotnya ini. Beliau melaburkan hampir $1 Juta utk membeli 4 robot menari yg digunakan utk menghidang hidangan Jepun.

Ninja New York


Antara makanan fusion yang paling kreatif ini dihidangkan di sebuah restoran yang agak luarbiasa dengan suasana sekelilingnya seperti "Disneyland Ninja". Para pelanggan akan dibawa ke ruang makan melalui "laluan rahsia" dimana "ninja-ninja" bersembunyi dalam bayang-bayang, dan dibawa ke meja di dalam bilik seperti penjara. Pelayan-pelayan ninja akan melakukan persembahan silap mata sambil menghidangkan makanan, seperti sos yang terbakar.


Yellow Treehouse Café



Dibina di salah satu pokok redwood berhampiran Auckland, New Zealand, Yellow Treehouse Café ini akan merealisasikan fantasi anda tentang kehidupan di rumah pokok. Kafe ini pada mulanya direka oleh Pacific Environment Architects sebagai sebahagian kempen pemasaran untuk laman kuning di kawasan ini. Namun kafe ini tidak lagi dibuka untuk makan malam tetapi boleh di sewa untuk majlis persendirian.

Restoran Tandas di Taiwan


Restoran pelik yang dihias dengan hiasan moden dan penuh dengan konsep tandas ini terletak di Taipei, Taiwan. Marton Theme Restaurant di Kaohsiung, Taiwan ini menggunakan konsep tandas untuk restoran unik mereka. Mereka menghias bilik2 dan kerusi2 kelihatan seperti di dalam tandas. Meja2 pula direka untuk kelihatan seperti tab mandi. Makanan pula akan dihidang di atas pinggan dan mangkuk yang reka bentuknya seperti tempat duduk tandas. Anda pasti mempunyai pendapat berbeza mengenai restoran ini bukan? Ada yg menyukai konsepnya yg unik, dan pasti ada juga yg tidak biasa dengan konsep pelik ini.

Lihat Juga : (Video & Foto) Mesin2 Layan Diri Yg Pelik di Dunia

Makan Malam di Hospital


Restoran yang dinamakan D.S. Music Restaurant ini pasti mengejutkan anda apabila anda masuk ke dalamnya. Di pintu masuk, anda akan duduk di kerusi roda dan pelayan beruniform jururawat akan membawa anda ke meja makan di mana minuman anda akan dihidangkan daripada tiub IV yang tergantung di siling. Jururawat2 ini kemudiannya akan bertanyakan soalan2 trivia dan jika anda dapat jawab dengan betul, anda akan dihadiahkan dengan minuman lazat yang akan dihidangkan melalui picagari terus ke mulut anda. Servis2 pelik tidak berhenti setakat ini sahaja. Setelah anda selesai makan, seorang kakitangan wanita dengan pakaian ballerina yang pelik akan menari di atas meja anda. Pelikkan? Rase2 nak datang lagi tak next time??

Dinner in the Sky


Tidak semua orang boleh menikmati hidangan makanan sambil tergantung 150 kaki dari atas tanah menggunakan kren walaupun anda tidak gayat. Di Dinner in the Sky di Belgium ini, pelanggan akan
"diikat" pada kerusi dan dinaikkan sehingga separuh ketinggian Big Ben dan dihidangkan makanan yang dimasak di dalam sebuah oven kecil di tengah2 struktur tersebut.

Devil Island Prison Restaurant


Pemilik Devil Island Restaurant di China ini  ingin menakutkan orang ramai daripada terjebak dalam kehidupan jenayah dengan menunjukkan kepada mereka bagaimana teruknya kehidupan di dalam penjara nanti - dengan restoran berkonsepkan jel/penjara, Pelanggan akan dibawa ke meja makan dengan tangan digari dan dihidangkan roti goreng berbentuk keranda. Setiap meja dikelilingi bar penjara yang berkarat dan hidangan akan dihidangkan oleh pelayan beruniform belang hitam putih. 

The owner of the Devil Island restaurants in China reportedly wanted to scare people away from a life of crime by showing them just how rough prison life can be – through a jail-themed restaurant where you’re led to your table in handcuffs and served fried coffin-shaped bread. Each table is surrounded by rusting prison bars, and you’re served by waiters in black-and-white striped uniforms. A similar restaurant in Beijing is misleadingly named ‘Zen Cool’.

Underwater Restaurant di Maldives


Restoran bawah air ini terletak 5 meter bawah paras laut di Hilton Maldives Resort & Spa di Rangalifinolhu, Maldives. Restoran ini mempunyai kapasiti hanya untuk 14 orang dan dilitup dengan bumbung acrylic telus dimana pelanggan boleh menikmati pemandangan dalam laut yang indah.

Lihat Juga : (Foto) Asrama Mewah & Unik di Copanhagen

sumber : oddstuffmagazine

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.