Petronas Dagangan perkenal petrol RON97 standard Euro-4M September Ini

Posted By: readit - 16:12:00

Share

& Comment


Foto sekadar hiasan

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd akan memperkenalkan petrol RON97 yang mematuhi standard Euro-4M di seluruh negara pada September ini, kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd
Ibrahimuddin Mohd Yunus.

Beliau berkata RON97, RON95 dan diesel keluaran syarikat kini mematuhi standard Euro-2M lebih rendah.

Harga bagi petrol Euro-4M akan ditentukan oleh kerajaan, katanya.

"Kami sudah mempunyai dua stesen minyak di selatan Johor -- di Pasir Gudang dan Gelang Patah, yang menjual diesel Euro-5, untuk kegunaan kenderaan yang ke Singapura terutamanya trak.

"Permintaan pada dasarnya terhad kepada segmen pengguna kenderaan ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.



Sementara itu, Pengerusinya Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata Petronas Dagangan akan memperuntukkan RM500 juta dalam perbelanjaan modal tahun ini bagi rancangan pertumbuhan keseluruhannya termasuk stesen minyak baharu.

"Hari ini kami mempunyai 1,057 stesen dan tahun ini kami merancang untuk menambah 20 lagi, serta menaik taraf stesen minyak sedia ada," katanya.

Wan Zulkiflee berkata kira-kira RM300 juta daripada RM500 juta akan digunakan untuk perniagaan runcit dengan selebihnya antara lain untuk meningkatkan logistik dan terminal.

Beliau berkata Petronas Dagangan akan meneruskan aktiviti meningkatkan jenama dan menerajui kedudukan utama pasaran domestik melalui perkhidmatan yang berbeza.

"Dengan jangkaan tahun yang mencabar menanti, kami akan memastikan asas-asas yang kukuh, bagi membolehkan pulangan mampan kepada pemegang saham," katanya. - Astroawani

About readit

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.