(Info) Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Kereta

Posted By: readit - 09:43:00

Share

& Comment


Pemilihan warna sesebuah kereta kini amat penting. Maka tidak hairanlah terdapatnya pelbagai warna ditawarkan oleh pihak pengeluar untuk menarik perhatian pembeli.


Bukan sekadar warna, jenis cat yang digunakan juga memainkan peranan yang penting dalam menepati kehendak dan citarasa.

Ini adalah kerana perbezaan jenis-jenis cat ini mampu menukar penampilan dan menyerlahkan sesebuah kereta. Ianya juga menjadi perbandingan ketara bagi kenderaan biasa dengan yang mewah. Oleh itu setiap jenis cat yang digunakan juga mempengaruhi status dan harga sesebuah kereta.

Kini terdapat empat jenis cat untuk kenderaaan yang paling biasa digunakan. Jom kita kenalinya satu persatu:

Ianya merupakan pilihan jenis cat yang paling murah harganya. Ianya adalah cat asas tanpa sebarang campuran. Cat solid ini hanya disaluti lcquer coat (clear coat) di atasnya sebagai satu lapisan penghalang dari kesan calar dan cuaca.

Namun kini kebanyakan pembuat kereta menggunakan cat solid ini tanpa clear coat. Ini berikutan cat solid ini menggunakan campuran cat acrylic bersama dengan isocynate yang menjadikan lebih melekat, kuat dan tahan lama. Kos proses juga dapat dikurangkan.

Warna cat solid agak kurang menarik kerana ianya tidak berkilat dan bersinar. Oleh itu pilihan warnanya juga tidak banyak. Paling biasa digunakan adalah warna putih, merah, biru dan kuning.

Sebarang baik pulih pula amat mudah dan murah bagi cat solid ini. Namun begitu, warna solid amat sukar bertahan lama. Ianya mudah kusam dan pudar disamping amat sukar untuk dicuci.

Perodua Axia - Solid White
Cat Metalik ini berbeza sedikit sahaja dari cat solid di mana ianya mengandungi serbuk metal (metal powder). Yang membezakan jenis, harga dan kualiti cat metallik ini adalah jenis, saiz serta kuantiti serbuk metal yang dicampurkan dalam cat tersebut.

Serbuk metal inilah yang memberikan warna cat tersebut bersinar dan berkilat. Berikutan itu harganya juga sedikit mahal berbanding cat solid. Biasanya pengeluar kereta tempatan meletakkan harganya lebih RM400 ~ RM500 berbanding kereta bercat solid. Namun kualiti cat metalik tersebut hanyalah pada tahap normal sahaja.

Kereta bercat metalik mudah dijaga dan dicuci serta dapat mengekalkan keaslian warna dengan lebih lama. Kesan calar yang kecil juga sukar kelihatan pada cat metalik. Pilihan warna juga amat banyak dan pelbagai. Boleh dikatakan ianya adalah pilihat cat yang paling banyak digunakan tanpa mengira jenis dan status pemilik kenderaan tersebut.

Yang selalunya menjadi masalah adalah agak sukar untuk mendapatkan warna yang benar-benar sama andai ingin melakukan baik pulih.

Proton Iriz - Metallic Citrus Green
Ianya adalah pilihan cat premium yang semakin digemari. Pearlescent Paint hanya menggantikan serbuk metal untuk cat metalik kepada kristal seramik (ceramic crystals).

Keistimewaan cat ini adalah selain dari bersinar dan berkilat, ianya mampu membiaskan cahaya lalu menukar warna yang berbeza mengikut kecerahan atau warna cahaya, lengkuk badan kereta dan arah sudut pandangan yang memberikan kesan dramatik dan menawan kepada badan kereta.

Pilihan warna cat pearlescent juga pelbagai tetapi yang paling popular adalah putih mutiara. Harganya juga agak mahal dan dianggarkan bermula dari RM2,500 dan ke atas bagi sebuah kereta sedan bergantung kepada kualiti cat tersebut.

Penjagaan dan kekurangannya lebih kurang sama seperti cat metalik cuma ianya mampu menyerlahkan status pemilik kereta serta lebih sesuai buat kenderaan mewah.

Nissan Fairlady Z - Pearl White

Ianya jenis cat yang tidak sesuai digunakan oleh semua jenis kenderaan kerana boleh merubah penampilan kereta kelihatan buruk dan tidak menarik. Warna cat sebegini lebih sesuai bagi kenderaan berprestasi tinggi atau mempunyai rekabentuk yang sporty.

Biasanya pilhan warna matte ini adalah hitam hitam atau kelabu. Ianya kelihatan kusam tanpa kelihatan berkilat atau bersinar. Ini kerana sama ada kandungan epoxy atau kandungan PVC yang tinggi di dalam campuran cat tersebut.

Warna matte ini sangat mahal, sehingga melebihi RM10K jika mahukan kualiti yang terbaik kerana ianya memerlukan kemahiran yang tinggi berbanding mengecat menggunakan cat biasa. Penjagaannya juga amat cerewet dan sebarang calar atau kesosakan akan jelas kelihatan. Malah untuk baik pulih juga begitu sukar.

Lexus LFA Matte Black
Setiap orang punya citarasa dan warna kegemaran. Kadangkala untuk memenuhi kehendak dan citarasa tersebut, ada yang tidak kisah tentang harga selagi mereka berkemampuan. Mungkin juga salah satu sebab lain adalah kerana mahukan perbezaan dan perhatian.

Harga cat sebuah kereta berwarna perak boleh mencecah harga lebih RM20K namun jika mahukan cat berwarna Liquid Metal, ianya boleh mencecah sehingga RM100K. Manakala yang paling mahal pernah dicatatkan adalah harga cat sebuah Bugatti Veyron yang bernilai melebihi RM800K hanya untuk cat kemasan berwarna carbon fibre!

Semoga dengan sedikit informasi ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan untuk anda dalam mengenali perbezaan warna dan jenis cat pada sesebuah kereta.

Sumber : relaksminda

About readit

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.