Dunia ini bukan saja dihuni oleh manusia tetapi turut dihuni oleh makhluk lain yang kita tidak nampak dengan mata kasar kerana itu adalah keistimewaan yang mereka dapat.
Makhluk halus atau dipanggil oleh orang Melayu sebagai hantu, toyol dan lain-lain sebenarnya wujud. Mereka ini tergolong dalam kumpulan, jin dan syaitan. Jin dan syaitan pula telah dijelaskan dalam Al-Quran tentang kewujudannya. Oleh itu, hal ini melibatkan tentang akidah dan wajib beriman dengan kewujudannya.
Terbaru SK menerima dua keping gambar yang dikirmkan oleh likers Siakapkeli, Erul Afiz dimana katanya gambar ini telah diambil oleh seorang anggota tentera di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut.
Menurut pengirim, mahkluk tersebut yang menyerupai burung besar tersebut bertenggek di atas ranting pokok berhampiran dengan lampu jalan dengan mengeluarkan bunyi seperti burung ruak-ruak yang amat kuat.
Cerita beliau lagi, makhluk tersebut mempunyai saiz yang agak besar, cuma kerana tidak berani gambar diambil dari jarak yang agak jauh.
Apapun makhluk tersebut, janganlah kita takut kerana kita hanya perlu takut padaNya yang satu. Mahkluk tersebut juga ciptaan yang Maha Esa. - siakapkeli
0 comments:
Post a Comment