(Video) Ombak Muncul di Langit

Posted By: readit - 16:28:00

Share

& Comment


Jika sekali pandang ia seperti pecahan ombak di lautan. Kelihatan bergulung-gulung dan beralun. Namun, situasi ini bukan berlaku di lautan, tetapi dilangit!

Billow clouds
Menariknya, keadaan langit ketika itu kelihatan sangat cantik dengan bentuk yang sedemikian.

Ia sebenarnya merupakan satu fenomena awan yang berbentuk seperti ombak. Awan ini turut dikenali dengan beberapa nama. Antaranya, Kelvin-Helmholtz, Kelvin Wave ataupun Billow Clouds.

Pembentukan awan Kelvin-Helmholtz merupakan satu fenomena di atmosfera yang jarang sekali berlaku. Awan jenis ini walau bagaimanapun mudah dikenal pasti kerana rupa bentuknya seperti ombak dipermukaan laut.
Fenomena ini pernah berlaku pada 16 Disember 2011 di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat. Ketika kejadian, kelihatan satu siri gelombang yang bergerak secara perlahan-lahan dan serentak. Fenomena tersebut juga menggambarkan seolah-olah berlakunya satu tsunami yang sangat besar dilangit.

Kelvin-Helmholtz di Birmingham, Alabama


Fenomena awan yang menakjubkan ini dikenali sebagai ketidakstabilan Kelvin-Helmholtz. Nama tersebut adalah hasil dari gabungan nama dua orang saintis yang menerangkan tentang fenomena ini iaitu Lord Kelvin yang merupakan seorang Baron dari Scotland dan Herman Helmholtz, seorang ahli fizik dari Jerman.

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor utama penyebab fenomena ini adalah kerana pergeseran yang berlaku antara dua lapisan udara dalam awan.

Kedua-dua lapisan udara itu mempunyai ciri karakter dan ketumpatan yang berbeza. Kajian menunjukkan bahawa lapisan atas adalah lapisan yang berketumpatan rendah. Manakala lapisan bawah pula berketumpatan tinggi.



Ia juga boleh terjadi disebabkan perbezaan suhu di atmosfera. Jika cuaca dalam keadaan panas, bahagian lapisan udara yang bersuhu tinggi akan melapisi bahagian yang bersuhu rendah. Udara yang padat serta angin yang kuat dikedua-dua lapisan tersebut akan menyebabkan proses perolakan berlaku.

Apabila kedua-dua arus bertemu dan lapisan udara di bahagian atas pula bergerak lebih laju berbanding dengan lapisan udara di bahagian bawah, ia menyebabkan lapisan awan seperti ini terbentuk.

Faktor ini dilengkapi dengan pergerakan kedua-duanya yang saling berbeza arus. Selain daripada itu, faktor densiti iaitu berat awan juga turut menyumbang kepada pembentukan awan ini. Lapisan yang densitinya berat akan berusaha untuk berada di bawah lapisan yang berdensiti kurang.

Secara logiknya, apabila ada dua perbezaan di antara berat dan ringan, secara automatiknya, benda berat akan berada di bawah. Manakala benda ringan akan berada di atas.



Merujuk kepada fenomena ini, lapisan yang berdensiti berat sentiasa akan berada di bawah yang berdensiti kurang.

Apabila wujudnya faktor tiupan angin yang kuat dan berlawanan arus, lapisan yang berdensiti berat ini akan berusaha untuk berada di bawah lapisan yang berdensiti kurang. Disebabkan itu, berlakulah satu pergolakan dan awan seperti ini akan terbentuk.

Fenomena seperti ini bukan sahaja berlaku di langit malah ia juga berlaku di dalam laut. Konsepnya adalah sama, apabila adanya situasi dua lapisan yang berbeza karakter ketumpatan bertembung.

Dan tahukah anda, fenomena seperti ini dikatakan pernah berlaku di Malaysia pada 30 Disember 2011 yang lalu. Ia berlaku di Segamat, Johor dan Labuan, Sabah. Ketika itu negara kita berada pada musim tengkujuh.

About readit

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.