Baca : Bila Fad Bocey Kena Kutuk!! Abam Balas Kutukan Tersebut Dengan Genius!! Jom Tengok
#Apabila seseorang sudah berhijrah tidak perlu lagi dipersoalkan sebaliknya ucapkan tahniah dan iringi doa kerana individu itu telah memperbaiki personaliti mereka ke arah menjadi insan yg lebih baik, itu pandangan penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.
#Fara Fauzana yg kini telah berhijab sejak tujuh bulan lalu berkata, beliau sukar untuk menjawab pertanyaan berhubung perubahan imejnya jika diajukan wartawan & peminat.
“Apabila seseorang itu telah berhijrah dan memenuhi imej yg sepatutnya dalam hidup beragama tak perlu lagi dia nak menjawab soalan mengapa & kenapa perubahan itu berlaku. Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya. Saya berhijab kerana Allah SWT,” katanya.
Sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yg membawanya ke jalan yg benar mengikut tuntutan syarak.
“Saya suka mendengar ceramah ceramah agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yg saya cari itu tidak membawa ke jalan yg menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar,” tambahnya lagi.
Beliau juga tiada kaitan dengan sebarang parti politik atau pertubuhan, Fara berkata memakai hijab tidak bermakna dia akan mengehadkan hubungan yg sudah lama terjalin dengan semua pihak yg membantu perkembangan kariernya.
“Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yg layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya yg bimbang ada pihak mengaitkannya dengan pertubuhan tertentu.
0 comments:
Post a Comment