Baca : Jangan Terkejut Bila Tengok Objek Yg Terakam Bawah Meja Di Restoran Mamak Ini!!!!
#Sebuah video yang menunjukkan sepasang suami isteri menghulurkan rasuah kepada seorang pegawai yang dipercayai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tersebar di media sosial.
Tidak diketahui punca sebenar pegawai berkenaan menahan pemandu yang memandu kereta jenis Toyota 4WD berkenaan. Namun, apa yang pasti, lelaki itu cuba 'berunding' untuk mengelakkan diri disaman.
Apa yang menariknya dalam video ini, wanita yang merakam video tersebut dipercayai isteri kepada pemandu terbabit yang menyarankan agar suaminya 'membayar' wang tersebut kepada pegawai berkenaan.
"Jangan cakap banyak dengan dia. Perut saya dah lapar ni," kata wanita itu dalam bahasa Mandarin.
Enggan memanjangkan perkara itu, wanita terbabit cuba memujuk pegawai itu melepaskan mereka. Namun pegawai itu enggan berbuat demikian.
"Kita sama-sama kasi sikit, runding sikit. Jangan macam ini la.. saya pun kerja oh.. Saya kasi sikit, kita sama-sama runding, you ada minum, saya pun ada makan maa.
"You sekali saman, saya buat apa? Saya cari duit susah oh," katanya.
"Habis apa macam?" tanya pegawai berkenaan.
"Saya kasi duit berapa puluh ringgit. Kita sama-sama runding," katanya lagi.
"Saya tidak minta sama lu ah," balas pegawai berkenaan.
"Ah, betul-betul," jawab pemandu itu yang mengia-giakan kata-kata pegawai terbabit.
"Okay, kamu mau kasi berapa, kasi berapalah," kata pegawai itu.
Memandangkan pegawai terbabit mahu menerima 'tawaran' yang ditawarkan, si isteri menyuruh suaminya memberikan RM15 kepada pegawai itu.
"Bagi sajalah RM15 pada dia, dah tak ada duit ni, perut dah lapar ni" katanya dalam bahasa Mandarin dengan nada kecewa.
Netizen mengecam tindakan kedua-dua pihak yang sama-sama mencemarkan imej masing-masing. Mana tidaknya, hanya kerana RM15, maruah PDRM tercalar habis. Manakala, imej bangsa Cina pula tidak pernah berubah di mana netizen menganggap bangsa ini yang sangat gemar menawarkan rasuah pada pegawai beruniform apabila ditahan dalam apa jua operasi.
Namun apa yang menghairankan kami, naik Toyota 4WD boleh kata tak ada duit? Pelik juga.
- Sumber : thehypemedia
0 comments:
Post a Comment