Rio de Janeiro: Sebuah restoran makanan segera di sini didapati menyajikan daging anjing liar yang ditangkap sebelum dibunuh di bandar ini kepada pelanggannya.
Polis berkata, mereka menyiasat restoran itu selepas menemui beberapa kotak mengandungi daging anjing beku di dalam premis berkenaan.
Haiwan itu didapati dipukul di kepala hingga mati sebelum dagingnya digunakan sebagai inti untuk satu hidangan pastri tradisional Brazil.
Hidangan pastri itu biasanya menggunakan inti daripada daging lembu.
Menurut polis, restoran itu dimiliki seorang ahli perniagaan warga China, Van Ruilonc yang mengaku menyajikan hidangan berkenaan menggunakan daging anjing.
Ruilonc, 32, yang memiliki beberapa restoran lain mengaku anjing itu ditangkap di sekitar bandar ini sebelum dibunuh dengan kejam.
Aktiviti restoran berkenaan terbongkar selepas polis menyerbu premis itu bagi menyiasat dakwaan ada pekerja dari China dipaksa bekerja seperti hamba.
Ketika serbuan polis terkejut apabila menemui satu sangkar yang digunakan untuk mengurung beberapa pekerja yang dipaksa bekerja 18 jam sehari tanpa bayaran.
Pegawai pendakwa raya, Guadalupe Louro Couto berkata, dia sangat terkejut melihat pekerja itu dikurung dalam sangkar besi seperti penjara. - AFP
0 comments:
Post a Comment