Mungkin ramai di antara kita tidak tahu yang Puerto Princesa merupakan salah satu 7 keajaiban dunia yang baru selain daripada hutan Amazon, Halong Bay, Air Terjun Iguazu, Pulau Komodo dan Table Mountain Africa.
Menariknya, Taman Negara Puerto Princesa ini menempatkan sungai bawah tanah terpanjang di dunia sepanjang 8.2km
- Merupakan sungai bawah tanah terpanjang dan dikatakan yang paling indah di dunia. Tarikan utamanya adalah 8.2km panjang sungai bawah tanah sebelum terus ke Laut China Selatan.
- Merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak kira-kira 50km (30 batu) ke utara pusat bandar Puerto Princesa, Palawan, Filipina.
- Merupakan kawasan biodiversiti yang paling penting Filipina. Ia mempunyai landskap kars dan batu kapur yang menakjubkan yang terdiri daripada 8.2km sungai bawah tanah.
- Aspek menakjubkan sungai ini adalah ia akan mengalir terus ke dalam laut dan bahagian bawah air sungai ini adalah air masin dan bergantung kepada pengaruh pasang surut
Baca : (Video) Ombak Muncul di Langit
Baca : (Video) Toilet Stesen Shell Ini Mendapat Tarikan Lebih 7 Juta Penonton Di Youtube
0 comments:
Post a Comment