Baca : Kasihnya Bapa: Seorang Bapa Sanggup Melakukan Perbuatan Yang Dipandang Hina Masyarakat Demi Anaknya!!
KUALA LUMPUR: Sebelum ini kecoh di media Malaysia seorang gadis berusia 14 tahun dan rakannya telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia kerana disyaki dibiayai oleh seseorang ke Syria untuk menyertai militan IS.
Semalam gadis tersebut telah tampil meluahkan rasa kecewa kerana dikatakan media telah memutar cerita sebenar dari kejadian yang terjadi.
Gadis yang namanya dirahsiakan tersebut kecewa kerana gambarnya ditahan polis disiarkan dengan cerita tidak tepat sama sekali yang ternyata memberi tekanan kepadanya.
Menurut gadis tersebut, dia memang dalam perjalanan ke Mesir, tetapi untuk menyambung pelajarannya di Maahad Buuth yang merupakan sebuah sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Dewan Senat, Universiti Al-Azhar. Sekolah ini bersifat "Sekolah Kebajikan" dengan erti pelajar hanya perlu menanggung kos pendaftaran dan buku rujukan sahaja. Manakala yuran lain dan gaji guru ditanggung sepenuhnya oleh Bahagian Kebajikan, Universiti Al-Azhar.
"Dalam laporan media baru-baru ini, mengatakan saya akan berkahwin dengan seseorang di sana, saya tidak nafikan ia betul. Memang saya akan berkahwin dengan tunang saya di sana tetapi cerita media menambah saya dibiayai oleh bakal suami menyertai IS."
Itu tidak benar sama sekali kerana saya pergi ke sana adalah dengan wang sendiri dan direstui olej kedua-dua orang tua saya kerana mereka sendiri yang menghantar saya ke KLIA." katanya.
Beliau yang menafikan berumur 14 tahun sebaliknya adalah 15 tahun telah ditahan oleh pihak polis hanya untuk membantu siasatan bukan sebab dia terlibat dengan IS tetapi gambarnya semasa ditahan polis diambil dan disiarkan dengan cerita tidak betul.
"Saya amat sedih kerana media memutarkan fakta sebenar dengan pelbagai tambahan cerita tidak betul sedangkan saya sendiri pada waktu itu tidak mengetahui tentang kegiatan IS dan tidak terlintasa lansung di hati hendak ke Syria."
"Apapun saya redha dengan ujian dari Allah kerana ia akan mendekatkan lagi saya denganNya. Kerana laporan tidak benar ini saya sudah putus tunang dengan lelaki yang bakal saya kahwini itu dan terima ujian seadanya."
"Demi Allah dan zat zat Allah sedikit pon saya tak terlintas untuk ke syria. Saya tampil ini hanyalah untuk membersihkan nama saya kerana perempuan ini hanya ada dua pilihan iaitu menjadi sebaik perhiasan atau sebesar-besar fitnah jadi sebarang tuduhan saya menyertai IS perlulah dihentikan kerana ia ternyata tidak benar," luah gadis berkenaan.
Sebelum ini, media ada melaporkan bahawa terdapat semaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki dalam perjalanan ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dibiayai sebanyak Rm2000 oleh seorang lelaki, Beliau telah dibebaskan selepas tamat tempoh reman pada 8 Mac lalu. - siakapkeli
0 comments:
Post a Comment