Wau!! Siaran digital: K'jaan sedia 2 juta STB percuma!! Baca selanjutnya...

Posted By: readit - 13:52:00

Share

& Comment



Set top box percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih. -Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Dua juta set top box (STB) bakal dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka mengikuti siaran televisyen (TV) digital apabila dilaksanakan tidak lama lagi.

Dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata set top box percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih.

“Bagi tujuan pelaksanaan TV digital ini, kita sedia maklum bahawa siarannya tidak boleh diterima televisyen biasa yang menggunakan sistem analog. Ramai masyarakat luar bandar tidak mempunyai sistem Astro, mereka perlu dibantu,” ujar beliau seperti yang dilaporkan Bernama.

Begitupun, Astro telah menyediakan perkhidmatan TV satelit percumanya NJOI yang disediakan tanpa kontrak atau bayaran bulanan dengan jumlah pelanggan setakat ini mencecah 920,000 orang.


Penggunaan TV digital yang bakal dilaksanakan itu, kata Ahmad Shabery, seiring perkembangan trend penyiaran dunia yang membolehkan penggunaan spektrum gelombang radio yang lebih optimum dan efisien.

“Ini membolehkan lebih banyak rancangan interaktif dan siaran video yang lebih berkualiti," ujar beliau.

Transmisi ujian siaran TV digital itu dijangka bermula pada hujung bulan ini dengan menggunakan stesen pemancar Bukit Pelindung di Kuantan, Bukit Besar di Terengganu dan Machang di Kelantan.

“Persiapan dari segi pelaksanaan infrastruktur dan sebagainya dijangka akan siap pada hujung tahun depan di mana kawasan Lembah Klang adalah kawasan yang terakhir sekali dijalankan,” kata Ahmad Shabery.

Tambah beliau, dalam konteks baharu, kerajaan juga sedang membangunkan sistem digital TV menggunakan menara pemancar untuk memancarkan siaran digitalnya kepada pengguna.

“Ini adalah kaedah baharu yang tidak menggunakan satelit ataupun memasang kabel. Sistem yang kita buat ini berasaskan siaran percuma tetapi tidak semua saluran yang ada di Astro itu akan disiarkan melalui DTTV (televisyen digital terestial) kerana ia bergantung kepada penyiar,” kata beliau.


sumber : astroawani

About readit

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.