.

.
Powered by Blogger.

(Video) Tunjuk Jari Hantu, Lelaki Ni Kena Terajang Dengan Monyet

Posted By: readit - 11:54:00
(Video) Tunjuk Jari Hantu, Lelaki Ni Kena Terajang Dengan Monyet


Klik sini untuk video

Baca : (Video) Pari Gergasi Seberat 1000KG++ ditangkap di Peru

JIKA lelaki ini menyangkakan seekor monyet tidak akan memahami simbol jari hantu yang dituju kepadanya, dia ternyata salah sama sekali.

Mungkin lelaki ini cuba menampakkan dirinya cool dan merasakan dia boleh menunjuk lagak pada seekor monyet ketika berjalan di kawasan itu.

Nampak gayanya dia silap, lelaki itu sebaliknya dimalukan semula oleh monyet yang diperlekeh itu.



Tak pasal-pasal kena terajang sampai tergolek dibuatnya.

Memang tak dinafikan pepatah buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat ini, walaupun perbuatan itu dibuat kepada seekor haiwan.





sumber : youtube, mynewshub

(Video) Pari Gergasi Seberat 1000KG++ ditangkap di Peru

Posted By: readit - 11:27:00

Sekumpulan nelayan di bahagian utara Peru berjaya mendaratkan seekor pari gergasi.

NBC melaporkan pari berukuran lapan kaki panjang dan miliki berat lebih 1,000 kilogram itu ditemui di perairan bersempadan dengan negara Ecuador.

Melalui beberapa keping gambar yang dimuat naik di Internet, pari tersebut dilihat terpaksa dinaikkan menggunakan kren kerana terlalu besar dan berat.


Pari merupakan hidupan laut yang memiliki racun pada duri terletak di bahagian ekornya, hingga mampu membunuh mangsa andai tertusuk.

Pakar hidupan liar terkenal dikenali sebagai ‘The Crocodile Hunter’, Steve Irwin antara mangsa yang meninggal dunia pada 4 September 2006 setelah dadanya ditusuk ekor seekor pari ketika menjalani penggambaran dokumentari tentang haiwan pembunuh di lautan.


Baca : (Video) Ular Makan Badan Sendiri

(Foto) Restoran Tergantung Fangweng di Lereng Gunung

Posted By: readit - 12:14:00

Restoran tergantung yang unik ini telah dibina di sebuah gunung di Wilayah Hubei, 12 kilometer ke utara bandar Yinchang, China.



Terletak secara tepatnya di Happy Valley of Xiling Gorge, restoran tergantung Fangweng ini menawarkan pemandangan alam semulajadi yang menarik bagi para pendaki yang berani menjejakkan kaki ke dalamnya.

Bangunan bata yang terletak di hadapan restoran terbabit berfungsi sebagai laluan pintu masuk menuju ke restoran tergantung berkenaan.



Tidak cukup dengan itu, sebuah laluan sempit sepanjang 30 meter yang tergantung di lereng bukit berhadapan dengan Sungai Yangtze mungkin menjadi mimpi ngeri buat para pendaki.

Jambatan tersebut akan membawa para pendaki terus ke dewan makan yang telah diukir di tebing bersebelahan.



Cahaya di dalam ruang makan restoran tersebut kebanyakkannya dinyalakan dengan lampu tradisional yang tergantung dari siling serta hiasan dalaman restoran yang dihiasi dengan perabot Cina.



Apa yang menjadi daya tarikan utama di restoran Fangweng adalah dua platform konkrit yang terletak jauh dari lereng bukit, di mana para pengunjung boleh melihat semua keajaiban di Happy Valley atau menonton penerjun bungee melakukan lompatan dari jambatan berhampiran.



Restoran tergantung Fangweng menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan berdasarkan ikan air tawar, itik, babi dan juga penyu yang dimasak campur sekali dengan sayur-sayuran atau bersama rempah-ratus dengan lada panas dan serbuk cili.




Namun, sekiranya anda bukan penggemar masakan Cina, sudah cukup bagi anda melawat restoran tersebut bagi menyaksikan keindahan alam semulajadi yang disediakan.




(Foto) Puerto Princesa - Sungai Bawah Tanah Terpanjang & Terindah di Dunia

Posted By: readit - 11:20:00
(Foto) Puerto Princesa - Sungai Bawah Tanah Terpanjang & Terindah di Dunia

Mungkin ramai di antara kita tidak tahu yang Puerto Princesa merupakan salah satu 7 keajaiban dunia yang baru selain daripada hutan Amazon, Halong Bay, Air Terjun Iguazu, Pulau Komodo dan Table Mountain Africa.



Menariknya, Taman Negara Puerto Princesa ini menempatkan sungai bawah tanah terpanjang di dunia sepanjang 8.2km

  • Merupakan sungai bawah tanah terpanjang dan dikatakan yang paling indah di dunia. Tarikan utamanya adalah 8.2km panjang sungai bawah tanah sebelum terus ke Laut China Selatan.
  • Merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak kira-kira 50km (30 batu) ke utara pusat bandar Puerto Princesa, Palawan, Filipina.
  • Merupakan kawasan biodiversiti yang paling penting Filipina. Ia mempunyai landskap kars dan batu kapur yang menakjubkan yang terdiri daripada 8.2km sungai bawah tanah.
  • Aspek menakjubkan sungai ini adalah ia akan mengalir terus ke dalam laut dan bahagian bawah air sungai ini adalah air masin dan bergantung kepada pengaruh pasang surut




Baca : (Video) Ombak Muncul di Langit



Baca : (Video) Toilet Stesen Shell Ini Mendapat Tarikan Lebih 7 Juta Penonton Di Youtube








(Foto) Asrama Mewah & Unik di Copanhagen

Posted By: readit - 10:40:00
(Foto) Asrama Mewah & Unik di Copanhagen

Copenhagen, Denmark merupakan bandaraya yang terkenal dengan basikal, di mana pengguna basikal adalah ‘raja’ di jalan raya di bandar itu. 

Selain itu, ia turut terkenal dengan bangunan-bangunan yang mempunyai reka bentuk menarik. Salah satunya ialah bangunan Tietgenkollegiet. 


Klik sini untuk lebih foto

Baca : (Video & Foto) Mesin2 Layan Diri Yg Pelik di Dunia

Ia menjadi asrama bagi para mahasiswa Copenhagen Business School. 




Baca : (Video) Keluarga Ini Hidup Tanpa Wang.. Jom Lihat Bagaimana

Bangunan asrama ini mempunyai reka bentuk unik dan mempunyai 360 bilik dalam bangunan setinggi 6 tingkat. 





Baca : (Video) Toilet Stesen Shell Ini Mendapat Tarikan Lebih 7 Juta Penonton Di Youtube
Baca : (Video & Foto) Menakjubkan!!! Fenomena Tiga Matahari Muncul Serentak!!
Baca : (Foto) Pelangi Muncul Waktu Malam


sumber : sentiasapanas

(Foto) Tasik Atas Tasik

Posted By: readit - 10:26:00

Dibahagian barat laut pulau Vagar, Kepulauan Faroe, terdapat sebuah jajaran tasik unik bertingkat yang terbentuk secara semula jadi. 



Jika dilihat sekali imbas, tasik yang dikenali sebagai Leitisvatn itu kelihatan seperti sebuah tasik di atas tasik persis pemandangan indah yang wujud di dalam cerita dongeng.

Pulau Vagar, yang terletak di dalam wilayah jajahan Denmark sememangnya terkenal sebagai salah satu lokasi pelancongan terkemuka di negara itu.

Di kota Vagar, industri pelancongan merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi tempatan. Keindahan alam semula jadi dan landskap geografinya sentiasa menggamit pelancong dari seluruh dunia untuk hadir ke sini.



Dan salah satu 'hot spot' yang sering menjadi perhatian ialah keunikan tasik di atas tasik.

Tasik ini begitu unik kerana ia mempunyai dua bahagian yang kelihatan seperti bertingkat - satu tasik dibahagian atas dan satu lagi dibahagian bawah. Kedua-dua bahagian itu dipisahkan oleh bukit batu semula jadi yang membuatkan ia tampak terpisah menjadi dua lapisan dengan tahap ketinggian yang berbeza.

Bagaimanapun, ia hanyalah sekadar ilusi optik semata-mata. Tasik yang berkeluasan 3.4 kilometer persegi itu sebenarnya mempunyai tahap ketinggian yang sama.

Namun, kewujudan bukit tegak berketinggian 100 meter yang memisahkan kedua-dua bahagian tasik itu membuatkan danau ini kelihatan bertingkat.


Jika melihatnya daripada posisi yang lebih tinggi, ia benar-benar nampak seperti mempunyai tahap ketinggian yang berbeza iaitu seolah-olah satu tasik berada diatas tasik yang lain.

Tasik Leitisvatn ini juga dikelilingi oleh tebing-tebing batu yang berhadapan dengan lautan Atlantik Utara.

Dibahagian selatan tasik ini, tebingnya agak rendah yang mana paras air tasik berada betul-betul separas dengan tebing berkenaan. Pada kedudukan itu ia kelihatan tinggi, tetapi paras yang sebenarnya hanyalah sekitar 30 meter daripada paras Lautan Atlantik sahaja.



Kewujudan pemandangan ilusi optik membuatkan tasik ini begitu istimewa dan terkenal di kalangan pelancong dari seluruh dunia. Kebanyakan pengunjung datang ke sini bukan sekadar ingin menikmati keindahan alam semula jadinya, tetapi mereka juga ingin melihat sendiri keunikan tasik Leitisvatn ini yang mempunyai dua lapisan.

Di Kepulauan Faroe, ia merupakan danau terbesar dengan keluasan yang meliputi 3.4 kilometer persegi serta mempunyai panjang yang melebihi enam kilometer. Ukuran itu menunjukkan ia tiga kali ganda lebih besar daripada saiz tasik Fjallavatn, yang terletak di pulau Vagar.

Bahagian hujung tasik ini yang terletak di sebelah utara tasik, tebingnya berketinggian 25.2 meter hingga 376 meter.

Pada bahagian ini terdapat sebuah air terjun yang dikenali sebagai Bosdalafossur, yang merupakan saluran keluar air tasik Leitisvatn ke Lautan Atlantik. Sementara di bahagian timurnya pula, ia berhadapan dengan pulau Streymoy yang dipenuhi dengan bukit berbatu.



Dikalangan penduduk tempatan, terdapat perdebatan sengit mengenai nama tasik ini. Masyarakat yang mendiami kawasan Sorvagur berbangga bahawa tasik ini dinamakan sempena kampung mereka.

Sementara penduduk di bahagian lain pula mahu menamakan tasik ini sebagai Miovagur. Disesetengah tempat lain ia turut dikenali dengan nama Vatni.

Bagi mengelakkan ia terus menjadi perdebatan dikalangan penduduk tempatan, pihak pemerintah Vagor akhirnya terpaksa campur tangan bagi menghindarkan berlakunya ketegangan kaum yang hanya berpunca akibat nama.

Akhirnya, ia dinamakan sebagai Leitisvatn, sempena nama kawasan itu yang dikenali sebagai Leiti.



Bagaimanapun, nama Leitisvatn hanya didaftarkan secara formal dan lebih dikenali dikalangan pelancong asing sahaja. Sementara penduduk tempatan pula masih menggelar tasik berkenaan mengikut nama yang dikenali sebelum ini.

Bagi masyarakat asli yang menghuni lembah Leiti, mereka menganggap kawasan tasik ini sebagai sebuah tempat suci. Bukan itu sahaja, malah sejak dari berdekad-dekad lagi penduduk sekitar turut mempercayai kandungan air yang memenuhi tasik berkenaan merupakan air terapeutik yang mempunyai khasiat tertentu.

Bermula selepas Perang Dunia Kedua berakhir, jumlah pelancong yang datang ke lokasi tersebut semakin bertambah.

Pengunjung-pengunjung bukan sekadar ingin melihat leindahan semula jadi tasik berkenaan tetapi ia juga turut menjadi lokasi memancing bagi kaki-kaki pancing di sekitar Eropah.







sumber : sentiasapanas

(Video) Ombak Muncul di Langit

Posted By: readit - 16:28:00

Jika sekali pandang ia seperti pecahan ombak di lautan. Kelihatan bergulung-gulung dan beralun. Namun, situasi ini bukan berlaku di lautan, tetapi dilangit!

Billow clouds
Menariknya, keadaan langit ketika itu kelihatan sangat cantik dengan bentuk yang sedemikian.

Ia sebenarnya merupakan satu fenomena awan yang berbentuk seperti ombak. Awan ini turut dikenali dengan beberapa nama. Antaranya, Kelvin-Helmholtz, Kelvin Wave ataupun Billow Clouds.

Pembentukan awan Kelvin-Helmholtz merupakan satu fenomena di atmosfera yang jarang sekali berlaku. Awan jenis ini walau bagaimanapun mudah dikenal pasti kerana rupa bentuknya seperti ombak dipermukaan laut.
Fenomena ini pernah berlaku pada 16 Disember 2011 di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat. Ketika kejadian, kelihatan satu siri gelombang yang bergerak secara perlahan-lahan dan serentak. Fenomena tersebut juga menggambarkan seolah-olah berlakunya satu tsunami yang sangat besar dilangit.

Kelvin-Helmholtz di Birmingham, Alabama


Fenomena awan yang menakjubkan ini dikenali sebagai ketidakstabilan Kelvin-Helmholtz. Nama tersebut adalah hasil dari gabungan nama dua orang saintis yang menerangkan tentang fenomena ini iaitu Lord Kelvin yang merupakan seorang Baron dari Scotland dan Herman Helmholtz, seorang ahli fizik dari Jerman.

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor utama penyebab fenomena ini adalah kerana pergeseran yang berlaku antara dua lapisan udara dalam awan.

Kedua-dua lapisan udara itu mempunyai ciri karakter dan ketumpatan yang berbeza. Kajian menunjukkan bahawa lapisan atas adalah lapisan yang berketumpatan rendah. Manakala lapisan bawah pula berketumpatan tinggi.



Ia juga boleh terjadi disebabkan perbezaan suhu di atmosfera. Jika cuaca dalam keadaan panas, bahagian lapisan udara yang bersuhu tinggi akan melapisi bahagian yang bersuhu rendah. Udara yang padat serta angin yang kuat dikedua-dua lapisan tersebut akan menyebabkan proses perolakan berlaku.

Apabila kedua-dua arus bertemu dan lapisan udara di bahagian atas pula bergerak lebih laju berbanding dengan lapisan udara di bahagian bawah, ia menyebabkan lapisan awan seperti ini terbentuk.

Faktor ini dilengkapi dengan pergerakan kedua-duanya yang saling berbeza arus. Selain daripada itu, faktor densiti iaitu berat awan juga turut menyumbang kepada pembentukan awan ini. Lapisan yang densitinya berat akan berusaha untuk berada di bawah lapisan yang berdensiti kurang.

Secara logiknya, apabila ada dua perbezaan di antara berat dan ringan, secara automatiknya, benda berat akan berada di bawah. Manakala benda ringan akan berada di atas.



Merujuk kepada fenomena ini, lapisan yang berdensiti berat sentiasa akan berada di bawah yang berdensiti kurang.

Apabila wujudnya faktor tiupan angin yang kuat dan berlawanan arus, lapisan yang berdensiti berat ini akan berusaha untuk berada di bawah lapisan yang berdensiti kurang. Disebabkan itu, berlakulah satu pergolakan dan awan seperti ini akan terbentuk.

Fenomena seperti ini bukan sahaja berlaku di langit malah ia juga berlaku di dalam laut. Konsepnya adalah sama, apabila adanya situasi dua lapisan yang berbeza karakter ketumpatan bertembung.

Dan tahukah anda, fenomena seperti ini dikatakan pernah berlaku di Malaysia pada 30 Disember 2011 yang lalu. Ia berlaku di Segamat, Johor dan Labuan, Sabah. Ketika itu negara kita berada pada musim tengkujuh.

(Video & Foto) Mesin2 Layan Diri Yg Pelik di Dunia

Posted By: readit - 16:57:00
(Video & Foto) Mesin2 Layan Diri Yg Pelik di Dunia

Jika anda fikirkan mesin layan diri hanya digunakan untuk menjual minuman, kerepek, gula-gula dan makanan ringan, anda perlu fikirkan semula.

Pada masa kini, mesin layan diri juga digunakan untuk menjual pelbagai jenis barangan dari cupcakes hingga ketam, burritos hingga kaviar dan kasut sukan hingga rokok.
Jom lihat mesin-mesin layan diri yang pelik dan jarang dilihat yang didapati dari seluruh dunia:

1. Mesin Layan Diri Cupcake


Di bandaraya seperti New York City, Los Angeles dan Dallas, anda boleh ke mesin layan diri 24 jam di tepi jalan dan membeli cupcake yang lazat, chocholate marshmallow seperti foto di bawah nin, dengan menggunakan kad kredit. Menarik bukan?

2. Mesin Layan Diri Ketam Hidup


Tidak minat cupcake? Di China, ketam berbulu hidup boleh dibeli dari mesin layan diri yang terdapat di stesyen subway utama di Nanjing. Ia adalah mesin layan diri ketam hidup pertama di China dan menjual purata 200 ekor ketam hidup sehari.

3. Mesin Layan Diri Penutup Muka (Face Masks)


Di Taiwan, para pelanggan boleh membeli penutup muka kesihatan dari mesin layan diri. Produk ini sangat popular terutamanya ketika musim wabak selsema burung berlaku.

4. Mesin Layan Diri Emas


Di kebanyakan tempat di dunia, termasuk di Hotel Emirates Palace, Abu Dabhi (lihat foto), para pelanggan juga boleh membeli emas terus dari mesin layan diri. Awesome!!

Baca : (Video) Iklan Ini Nampak Biasa Sahaja Tetapi Semuanya Berubah Selepas Keretapi Tiba

5. Mesin Layan Diri Gula-gula (Tapi Ada Orang Yang Hulurkan Dari Mesin?? Erk...)


Jika anda memsasukkan duit syiling ke dalam mesin layan diri yang terdapat di Tokyo ini, seorang manusia (yang betul dan hidup) akan hulurkan gula-gula yang anda beli tadi. Erkkk... kalau begini, tidak kenalah kan dengan konsep mesin layan diri? Huhu

Di Jepun juga pelanggan boleh membeli "canned coffee" buatan Suntory di jalanan.
6. Mesin Layan Diri Rawatan Jerawat Proactive


Mana tahu jika anda tiba-tiba inginkan kulit yang lebih jelas? Jika anda di Hollywood, California, anda boleh beli dari mesin layan diri rawatan jerawat Proactive ini.

7. Mesin Layan Diri Susu Segar



Bercakap tentang pilihan hidup yang sihat , seorang petani (rujuk foto) dilihat memuatkan susu mentah organik ke dalam dispenser mesin layan diri di pusat bandar London . Mesin layan diri ini telah dicipta untuk memintas pengharaman penjualan susu mentah di kedai-kedai British, dengan menjual secara langsung dari ladang.

8. Mesin Layan Diri Beli Snack atau Gula-gula dapt Percuma Tiub Ubat Gigi




Colgate menyampaikan bantuan kesihatan diri dengan mesin layan diri ini dipasang di Puerto Rico. Bersama-sama dengan gula-gula yang dibeli , pelanggan mendapat tiub percuma ubat gigi semasa skrin LED membaca "Jangan lupa untuk memberus ! "

Baca : (Video) Toilet Stesen Shell Ini Mendapat Tarikan Lebih 7 Juta Penonton Di Youtube

9. Mesin Layan Diri Burrito


Di Los Angeles, pelanggan lapar boleh membeli burrito yang siap dimasak dan masih panas dari mesin ini dengan harga $ 3. Mereka boleh memilih dari Chorizo ​​Sosej, Kentang Panggang, Bacon yang belum diawet, Free-Range Chicken atau perisa daging lembu dicincang.

10. Mesin Layan Diri "Swap-o-matic"


Mesin layan diri di Brooklyn ini membolehkan anda melakukan pertukaran barangan yang anda tidak mahukan lagi dengan sesuatu yang baru tanpa melibatkan aliran wang tunai. Digelar "Swap-o-matic", mesin layan diri ini dicipta untuk mengubah pandangan pengguna kepada amalan yang lebih mampan dalam menjual dan membeli barangan

11. Mesin Layan Diri Sewa Kereta



Di Hangzhou, China, anda boleh pergi ke sebuah mesin layan diri (Kandi Machine) yang sangat besar untuk menyewa kereta dengan harga pada kadar $3 sejam. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai kereta ini cuma 50 mph tetapi penggunaan kereta ini boleh mengurangkan pencemaran udara yang tinggi di China kerana menggunakan motor elektrik.

12. Mesin Layan Diri Kitar Semula


Mesin layan diri di Turkey ini mengeluarkan minuman dan makanan anjing apabila anda memasukkan botol plastik untuk kitar semula. Servis yang disediakan ini adalah percuma dan syarikat yang mencipta mesin layan diri berkenaan berkata botol yang dikitar semula dapat menampung harga makanan anjing.

Baca Juga : (Video) Illusionist Tukarkan Burung Menjadi Gadis!

sumber :businessinsider

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.