(Viral) Kenape ko Pijak beg aku?
TERSENTUH kami tatkala membaca coretan seorang guru yg berkongsi cerita mengenai murid tahun 1 hingga membuatkan ada yang menitiskan air mata.
TERSENTUH kami tatkala membaca coretan seorang guru yg berkongsi cerita mengenai murid tahun 1 hingga membuatkan ada yang menitiskan air mata.
Al kisah bermula, seorang murid tanpa sengaja tlh memijak beg kepunyaan adik bernama Firdaus hingga mengakibatkan beg sekolah itu dipenuhi debu kotoran.
Bagaimanapun, kata-kata yg diluahkan adik Firdaus kepada rakannya, Izham dengan mendakwa beg tersebut adalah kepunyaan arwah ayahnya amat meruntun jiwa.
Kisah ini ditulis oleh Cikgu Noor Afifah Mohd Baharuddin dlm Facebooknya:
Anak-ank LINUS ku di Tahun 1. Buat teacher menitik air mata pula hari ni……
Hari ni Izham memang agak susah Iah nak kawal. Ada sahaja idea nya nak usik kawan. Biasalah budak-budak kn. Alkisahnya, Izham dh kotorkan beg Firdaus, dengan memijak beg tu.
Sedihhhhh Firdaus. Sambil sapu debu kotoran kasut Izham pd begnya, sambil cakap, ‘Ko ni nape kotorkan beg aku? Tahu tak ni beg ayah aku? Ko ni… kotor dahh.. Dah la ayah aku dah tak ada!’
Dgn nada marah Firdaus marah kat Izham. Teacher nya pula sambil tahan takungan air dalam kelopak mata. Hehe… Sedih tengok anak kecil ni yang dah merasa kehilangan ayah tercinta, pd usia 7 tahun. Banyak boleh kita buat refleksi. MashaAllah. Moga Allah panjangkan umur kedua orang tuaku. Aamiin ya Rabb.
Siapa sangka, pada usia sekecil ini adik Firdaus ini sudah diuji ttg kehilangan bapa tercinta.
Malah, sifat adik Firdaus yg mempunyai rasa kasih dan nilai sentimentalnya terhadap peninggalan barangan arwah bapanya nyata menunjukkan begitu besar maknanya terhadap jiwa kecil kanak-kanak itu.
Moga adik Firdaus tabah mengharungi cabaran masa depan kelak.
- Sumber : Mynewshub
0 comments:
Post a Comment