Muhd Aril hampir terlepas penerbangan ke China
PUTRAJAYA: Muhd Aril Zafran, bayi lapan bulan yang menghidap penyakit hati kronik 'Biliary Atresia' berlepas ke China, pagi semalam, bagi menjalani pemindahan hati di Shanghai.
Bagaimanapun, Muhd Aril yang dibawa ibu dan bapanya, nyaris terlepas penerbangan itu kerana ini kali pertama mereka menaiki pesawat dan tidak tahu prosedurnya.
Baca : Terbaek!!! (VIDEO) Sekumpulan ‘Bikers’ Halang Lalu Lintas Selamatkan Anjing
Bapa bayi itu, Jamilulehsan Mohd Taridi, 28, dan ibu, Nur Amirah Syazwani Pandi, 22, tidak tahu mereka perlu mendaftar masuk dua jam sebelum penerbangan berlepas jam 9.30 pagi.
"Kami tak pernah naik kapal terbang, tak tahu perlu daftar masuk awal. Namun, kami bersyukur kerana ada pihak sempat memaklumkan sebelum terlambat. Alhamdulillah, walaupun dalam masa yang suntuk, urusan kami dipermudahkan.
Baca : Superb!!! 4 Pilot Cun Kendali Jet Pejuang Di Langkawi!!!
"Mungkin sudah tersurat rezeki kami untuk pergi juga mendapatkan rawatan di China. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu," kata Jamilulehsan ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke Shanghai.
BH sebelum ini melaporkan doktor mengesahkan keadaan Aril yang menghidap penyakit itu sejak usia dua bulan, kini kritikal dan jalan terakhir bagi menyelamatkannya adalah melalui pemindahan hati.
Penderitaan Aril mengundang simpati pelbagai pihak yang menyalurkan sumbangan sehingga berjaya mengumpul dana bagi membolehkannya menjalani pemindahan hati di China dengan kos RM130,000.
- Sumber : BHOnline
Hampir TerLepas!!! Bayi hidap penyakit hati KRONIK hampir terlepas Flight
Posted By: readnext - 07:58:00About readnext
LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment