Tuaran: "Debaran selama lapan bulan menanti ketibaan Zakiah berakhir selepas kami sekeluarga menerima maklumat adik dibebaskan,” kata Zakriah Aleip, 35, abang kepada Lans Koperal Zakiah, anggota Pasukan Polis Marin yang dibebaskan hari ini selepas diculik pengganas dari selatan Filipina di Semporna, Julai tahun lalu.
Menurutnya, sebelum ini sepanjang adiknya menjadi tawanan, hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaannya berikutan terlalu banyak maklumat termasuk yang negatif diterima sehingga sedikit sebanyak menggangu emosi dia sekeluarga.
"Macam-macam yang kami dengar sama ada negatif atau positif namun kami tetap bertahan. Akhirnya adik dibebaskan.
“Syukurlah semua selamat,” katanya.
- Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment