Terkini!!!! Cicakman 3: 2 Pengarah, 3 Studio

Posted By: readnext - 16:43:00

Share

& Comment


Pembikinan epik filem Cicakman 3 : Tiga studio gergasi Malaysia; Astro Shaw, Grand Brilliance (GB) dan KRU Studios, bergabung dalam penghasilannya. Tayangan bakal dilancarkan di pawagam bermula 12 Mac ini.

Bkn tu je..... menjalani penggambaran selama 44 hari, Cicakman 3 turut menggunakan khidmat dua pengarah, Yusry Abdul Halim yang sebelum ini mengarahkan Cicakman dan Cicakman 2: Planet Hitam dan Ghaz Abu Bakar.

Gabungan besar ini pasti dilihat pemerhati industri filem tempatan & pengikut Cicakman sbg sesuatu yg hebat bakal terhasil, apatah lagi karya diilhamkan Yusry ini menjadi pelopor kepada penggunaan teknologi Imej Janaan Berkomputer (CGI) sepenuhnya.

Yusry akui, proses menghasilkan sekuel ketiga Cicakman penuh dengan cabaran hingga menyebabkan ia mengambil masa panjang.

"Secara jujurnya, saya mahu melepaskan pembikinan filem ini sepenuhnya memandangkan pada waktu sama ada beberapa projek yang harus diberi tumpuan.

"Saya mempelawa Ghaz mengarahkan filem ini kerana percaya dengan kemampuan dan kepakarannya, apatah lagi dia pernah mengarahkan filem terbitan KRU, Hantu Kapchai yang pembikinannya turut menggunakan CGI.

"Dengan pengalaman dimiliki Ghaz, saya percaya dia mampu merealisasikan apa yang digambarkan untuk filem Cicakman 3," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dalam usaha memastikan penggambaran dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna, dia kembali dan bekerjasama dengan Ghaz untuk menyiapkan Cicakman 3.

"Apabila dua kepala mengetuai pembikinan filem ini, tidak dinafikan ada ketikanya kita akan berselisih pendapat. Namun ia untuk kebaikan filem ini kerana kami sama-sama mahu menghasilkan yang terbaik.

"Sebagai pengarah, kami harus bersikap terbuka membabitkan apa saja cadangan diberi. Jika tidak, susah untuk kami menyiapkan filem ini.

"Berselisih pendapat tidaklah sampai bergaduh, tetapi lebih kepada perbincangan untuk memastikan hasilnya memuaskan hati penonton," katanya.

Selain dua pengarah, pembikinan Cicakman 3 yang dinaungi tiga studio gergasi juga pasti memberi tekanan, apatah lagi dua lagi rakan kongsi mengharapkan pembikinan karya terbaru KRU Studios ini menjadi sempurna seperti yang dibayangkan.

Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim menjelaskan, pihaknya mahupun Astro Shaw dan GB tidak pernah campur tangan dalam urusan karya dilaksanakan pengarah.

"Sebenarnya, kalau hendak bercakap mengenai campur tangan, perkara itu harus dilaksanakan dari awal. Maksud saya, sewaktu jalan cerita mahu dihasilkan. Dan perkara itu juga dilakukan ketiga-tiga rakan studio yang bekerjasama menghasilkan Cicakman 3 ini.

"Penilaian dan perbincangan dibuat lebih awal. Pendapat dan perubahan yang dimahukan juga dilaksanakan waktu itu. Apabila penggambaran berjalan sehinggalah suntingan, studio tidak boleh campur tangan dan harus memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pengarah. Setakat ini segala kerja berjalan seperti dirancangkan," katanya.

Banyak perubahan dilakukan bagi memantapkan pembikinan filem Cicakman 3, termasuk pemegang watak utamanya.

Jika dulu Cicakman menampilkan Saiful Apek, kali ini watak utama dilakonkan pelawak popular, Zizan Razak. Turut sama menjayakan filem ini Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Rykal Iskandar dan Yus Jambu.

Bandar Metrofulus juga bertukar wajah, ia dilakukan supaya peminat datang menyaksikan filem ini dapat merasakan Cicakman 3 satu filem baru dan bukan kesinambungan kepada jalan cerita sekual awal.

Cicakman 3 mengisahkan Man yang tidak matang dalam hal rumah tangga, menyebabkan Linda mengambil keputusan menuntut cerai.

Masalah rumah tangganya semakin rumit dengan kehadiran Inspektor Adam yang juga rakan sekolahnya apabila dia cuba merampas Linda daripada Man.

Namun, kehidupan Man berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya.

Dia yang kembali bersemangat dengan kuasa dimiliki itu sangat teruja untuk menjadi superhero. Pun begitu, kehadiran Man tidak lagi bermakna di Metrofulus kerana adanya hero baru, Super-Bro.

- Sumber: Harian Metro

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.