Rekaan Eksklusif, Elegan

Posted By: readnext - 16:56:00

Share

& Comment



Jam pintar semakin mendapat tempat dalam kehidupan pengguna dan sudah pasti ia menjadi trend paling hangat pada tahun ini.

Beberapa ciri seperti mengesan tahap kesihatan dan boleh dihubungkan ke mana-mana peranti pintar lain menjadi tarikan inovasi yang diperlukan pengguna.

Terbaru, IT@Metro sempat menjengah Huawei untuk melihat sendiri jam pintar elegan mereka iaitu Huawei Watch yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Huawei memperkenalkan jam pintar bentuk bulat menawan dengan paparan AMOLED 1.4 inci beresolusi 400 x 400 piksel dengan 286ppi pada nisbah kontras tinggi 10,000:1.

Ia bermakna, jam Huawei adalah Android Wear paling mengancam dari segi rekaan di pasaran sekarang.

Meskipun menarik, Malaysia bukan antara 20 negara pertama yang akan menerimanya tidak lama lagi tetapi berbaloi untuk menunggu peranti boleh pakai ini.

Dijangkakan, ia akan dijual pada harga kurang RM1,000 dan harga terbabit ternyata berbaloi bagi peranti seperti Huawei Watch.

Model Huawei Watch ini mempunyai 130 komponen dalam jam yang mempunyai rekaan klasik ala jam buatan Switzerland dengan daya tahan lasak tinggi.

Ia tidak mudah calar dengan satu butang hampir pada angka 2 membolehkan kawalan pada antaramuka jam.

Warna yang ditawarkan nanti termasuk emas, perak dan hitam.

Memandangkan peranti terbabit menggunakan platform Android Wear, ia boleh dipasangkan dengan mana-mana telefon Android 4.3 ke atas dan kemudian mampu menerima SMS, emel, kalendar, aplikasi tertentu dan notifikasi panggilan.

Huawei Watch menggunakan Qualcomm 1.2GHz dan simpanan 4GB, RAM sebanyak 512MB dan sambungan Bluetooth.

Dari aspek sensor, ia mengesan degupan jantung dengan sensor 6 Axis selain mengesan pergerakan seperti berjalan, berlari, berkayuh basikal, mendaki dan tidur.

- Sumber: Harian Metro

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.