Samsung Lancarkan Mesin Basuh Revolusioner

Posted By: readnext - 08:25:00

Share

& Comment



KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics (Samsung) hari ini melancarkan Samsung Activ Dualwash, jenama mesin basuh revolusi yang baharu.

Samsung dalam satu kenyataan hari ini, berkata mesin basuh itu memiliki ciri-ciri inovatif seperti sinki binaan dalaman dengan jet air serta permukaan sentalan lembut yang menyediakan ruang berasingan bagi merawat kekotoran yang sukar.

“Tambahan pula, pakaian dan air boleh dicurah dengan mudah ke dalam mesin, hanya dengan mengangkat penutup,” katanya.

Presiden Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Lee Sang Hoon berkata syarikat itu telah menjalankan kajian ke atas tingkah laku dan gaya hidup pengguna untuk menyediakan produk yang boleh meningkatkan kualiti hidup mereka.


“Penilaian ini telah membawa kepada pembangunan peralatan yang memberi faedah kepada pengguna dan meningkatkan kehidupan moden mereka,” katanya.

Samsung Activ Dualwash dijual dengan harga antara RM1,499 dan RM2,999.

- Sumber : BERNAMA

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.