Erra Fazira Terima Jika Jodohnya Dengan Lelaki Muda

Posted By: readnext - 12:12:00

Share

& Comment




NAMA primadona filem Melayu ini acap kali dikaitkan bercinta dengan penyanyi yang memenangi program realiti Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi.

Namun sehingga ke hari ini baik Erra Fazira mahu pun Shahir mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung dakwaan tersebut.


Mengakui dirinya kini sedang bercinta dan mengenali hati budi seseorang, Erra walau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Erra juga berkata dia tidak menolak sekiranya jodohnya selepas ini merupakan jejaka yang lebih muda daripadanya kerana menganggap ianya adalah ketetapan daripada Ilahi justeru siapalah dia untuk menolak takdir Allah yang telah direncanakan.

Memetik laporan Berita Harian, Erra menyatakan: “Tidakkah soal jodoh itu di tangan Tuhan. Lihat sahaja bagaimana Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang berbeza peringkat usia tetapi kini sedang mengecapi bahagia. Sejarah Islam sendiri melihat bagaimana Rasullullah SAW berkahwin dengan isteri pertamanya, Siti Khadijah yang lebih berusia.


“Usia itu bersifat subjektif. Pokok pangkalnya sekarang doakan yang terbaik untuk saya. Andai ditakdirkan bercinta dengan lelaki muda sekali pun, saya tak mampu melawan kehendak takdir,” ujar penyanyi dan pelakon berusia 41 tahun itu.

Pernah melalui dua kegagalan dalam perkahwinan terdahulu, pastinya peminat-peminat setia Erra mahu melihat kebahagiaan hakiki dapat didakap oleh selebriti kesayangan mereka ini.

Kita doakan sahaja agar hubungan Erra dan jejaka misteri berkenaan kekal ke pelaminan sekaligus sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC


sumber : mynewshub

About readnext

LaiciPanas is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 Hiburan.Berita™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.