TIDAK seperti pasangan selebriti lain, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha melakar sejarah indah tersendiri apabila memilih Pulau Bora-Bora, Perancis sebagai destinasi percutian bulan madu mereka setelah bergelar suami isteri.
Senang cakap, destinasi percutian ini jarang menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana kedudukannya yang jauh dan memerlukan modal agak besar.
Namun, tidak ramai yang tahu Pulau Bora-Bora memiliki keindahan pemandangan yang cukup memukau dan menjadi ‘favorite’ bintang Hollywood.
Ini bermakna, Hairul dan Hanis memang cukup bertuah kerana menjadi antara rakyat Malaysia yang menikmati keindahan Pulau Bora-Bora dengan mata sendiri.
Pasangan romantis ini turut memilih untuk berbulan madu di sebuah resort mewah dengan harga bilik mencecah sekurang-kurangnya RM5,000 semalam. Fuh!
Apa pun, ini adalah peluang terbaik bagi Hairul dan Hanis untuk meluangkan masa berdua sambil mengenali masing-masing dengan lebih mendalam sejak bergelar suami isteri.
Jom saksikan gambar yang dikongsikan Hairul dan Hanis ketika bermadu kasih di pulau romantis di Perancis ini. – MYNEWSHUB.CC
sumber : siakapkeli
0 comments:
Post a Comment